26.7.10

Random Random

Lelaki tercabar tak bila perempuan memintas dgn cekap di jalan yg sibuk?

Siapa yg bagi kucing/anjing yg homeless tu makan hari-hari? Erti kata lain, mereka dapat makan tak?

22.7.10

sandwich feveret


nampak plain je kan sandwich faveret aku ni, haha tapi sodap tau tak. RM2 ja aku beli dkt RotiBoy Tesco. Yummeyh weh. Masa aku nak beli ni, abg tu tak buat lagi, dia suruh tunggu, dan of course aku sanggup tunggu. Malangnya aku beli satu je sandwich ni. Hampa hampa. Aku terpaksa makan dgn perlahan sebab syg, takut habis cepat.

Muahmuah ilebyousomuch sandwich.
Nanti i beli you lagi. Takmo nangis kena makan. You byk berbakti.

21.7.10

Nak yang murah ke yang mahal?

Aku tak suka mekap. Setakat pakai foundation sikit, eyeliner, mascara boleh la. Tapi kalau taruk benda lain, mesti hancus. Blusher ke eyeshadow ke, memang tak pakai. Blusher pakai la jugak KADANG-KADANG bila muka TERLALU pucat. Paling tak boleh, eyeshadow la. Bila dah jadi seseorang yang tak suka bermekap ni, nak beli ala-alat solek tu pun kalau boleh nak beli yang paaaaaling murah.

Sebelum aku taruk any foundation on, aku apply Olay White Radiance Lotion. Ada dua versi, satu yg lotion, satu lagi yg cream. Aku kulit berminyak, so tak boleh pakai yg cream ok. Olay White Radiance ni yg 30ml price dia paling mahal pun RM10.50. 30ml tahan more than 3 months rasanya. Jimat kan?
Untuk foundation, aku guna Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation. Beli pun masa ada sale dkt Watson, RM18.90. Murah lah tu kan dari nak beli M.A.C ke, Bobby Brown ke, etc etc.

Lepas tu aku apply dua benda ni, baru la sampai bab bedak. Kalau dulu, aku pakai bedak J&J je pergi mana-mana. Tapi saja la nak berubah jadi lebih keperempuanan, aku pakai la proper sikit. Aku guna Pure Fresh Oil-Control Pressed Powder. Harga pun lebih kurang RM13.88 (beli time sale lagi). Bagi aku bedak ni works wonders bila dia tak terlalu heavy and muka pun tak nampak cakey bila pakai.

Tadaaa base dah siap, tinggal nak solek mata je kan. Aku guna eyeliner RM9 beli satu free satu maksudnya satu eyeliner tu berharga RM4.50 lah kan. Ni yg versi liquid, kalau versi kohl/pensil aku guna Follow Me, berharga RM6.90. Muraaah kannnn. Alhamdulillah mata takda la bengkak ke diracuni ke apa lagi walaupun barangannya murah-murah aja. Betapa murahnya product ni sampai aku nak tanya abg Google pun dia tak tau!


Dan kemudian lentikkan bulu mata anda tu dgn mascara berharga RM6.90 jugak, boleh beli dkt tesco. Bulu mata panjang apaaaaaa. Resultnya takda la sehebat Magnum Maybelline tu, tapi okay apa utk yg tak suka membazir duit utk mekap-mekap, boleh try yg ini. Brandnya All About Face, made in Thailand. InsyaAllah halal. Tanya abg Google, dia cakap ni brand California -__-


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan, tanpa mekap pun kita boleh cantik sebenarnya, apa yang penting? Ketulusan hati. Aww aw aww!

Okay bye!

14.7.10

Kesian Si Hello Kitty ni.

Serabut weh work place aku. -__-

Kepala si Hello Kitty ni hampir nak siap

Siapa nak tolong buatkan badan, tgn dan kaki dia ni? Aku reti potong je

Ah malas dah nak buat, aku taruk reben cukup. Kan trademark tu.

Ni je lah nasib kau Hello Kitty.


Aku ingat aku kreatif, rupanya tidak. tsk. Sia-sia je apa aku buat 4jam. 4jam weh nak buat menatang simple ni. Ngek kau simple. Kelim nya bukan main kecik lagi. Habis tgn aku bergam-gam. Padahal yg siap kepala je pun.

Dah, aku merajuk tak nak buat benda mcm ni, suruh kome je lah eh.

13.7.10

Pening dah.

Doblas kali tukar template. Kejap mcm artsy fartsy, kejap girly girleman, kejap lagi minimalist pulak. argh! rehat kejap. esok main tukar-tukar lagi. -__-

12.7.10

I Love To Touch My __________

I love to touch my touch screen phone! How I hate using keypad phones because I'm not sure if I have sharp finger nails or what because everytime I use it, the button will be broken. Or sometimes, the numbers started to fade. And sometimes, the button seemed to lose its' function!

When my mother wanna borrow it, she would say "Kakak, huruf apa ni, nombor apa ni, pakai handphone macam mana ni sampai hilang number" and I said, "Ala, kakak kan dah hafal nombor/huruf dkt button tu"

That's the power of SMS-ing yaw. Yeh, I am sms freak. I sms a lot. Especially with my boyfriend. I guess that's how a silent person like me; screaming. How ugly the phone will be when the button is broken. Very very ugly, bluerrghh. When my father asked me, to choose the phone, I choose the full touch screen type of phone. At least I can be nice with the virtual keypad on screen. I don't have to worry about any broken buttons. It is so leceh to use phone with buttons. -___-"



Hell yeah, I don't wanna this no moreeeee. :/




I WILL DEFINITELY GOING TO THE LG COOKIE MONSTER PARTY!
They look deliciousssssss. Yummehh!

Kawan tapi musuh

Ada lah seorang dua hamba Allah ni yang buat aku mcm tu, kalau aku comment status dorg, mula lah aku dpt komen mcm "haii kwn baik nampak dgn org tu", lantas si polan ni pun kata "ohh tak takk, ampun, delete ye", lalu comment aku pun di delete. Padahal komen aku ni tak berkaitan pun dgn persahabatan mereka berdua. Utk makluman, mereka adalah sejantina dgn aku.

Jadi wujudnya apa kat sini? Diskriminasi? Aku tak add hangpa weh, hangpa yg add aku. Aku nak buat baik, hangpa buat tahi. Buat apa nak add kalau aku tak boleh comment korang. Manusia kan. Lantak pi la. Aku malas nak delete korang. Biar aku pulak stalk korang kan. heh. Dah alang-alang.

Ada jugak yang mendelete aku dr facebook. Bukan calang-calang org, blogger terkenal jugak la bagi aku. Aku antara yg terawal jd friend dorang kat facebook, dan mungkin antara yg terawal jgk didelete. wahaha. Entah apa nasib aku ni kena delete. Tak cukup blogwalking kot, tak cukup kelik nuffnang kot. Hikhik. Tapi takpe, aku tak kisah pun. Korang kan feymes, ada privacy.

Setahu aku, privacy tu utk mengumpat je.

10.7.10

Aku suka budak-budak.


Aku garang, tapi aku penyayang. Aku suka marah-marah, tapi aku pemurah. Haha. Gila masuk bakul angkat sendiri. Serius la weh, memang macam tu. Contoh terdekat adik aku sendiri la, kalau aku tengking, haa habis jiran-jiran dgr. Tapi kang kalau dia nak itu ini, aku yg pergi habis duit belikan. Dapat pulak adik yg demand ni kan, baju tak nak yg koman koman.

Tapi bila tang baby ni, alahai sejuknya hati aku tgk dorg senyum. Macam adik Mia Sara tu, korang tgk je la fan dia kat facebook ada berapa? Aku dari dulu time tgk dia kat Soflan tu aku dah start sukaa. Kebetulan sepupu aku sorang muka hampir-hampir mcm dia, balik kg Johor je, mesti dia nak bermanja-manja dgn aku. Aloh alohh, rindu pulak.

Tapi kalau aku ada anak sendiri, aku tak tau la duit aku berabis je utk dia. Haha. Bye bye la laki aku, aku nak pentingkan anak. Tambah-tambah bila baca blog Kak Anna , dapat anak macam Luqman, siapalah yang tak excited. Comel sgt-sgt! Aku yg memang adore Kak Anna dari 2005 lagi, memang sentiasa nak tahu cerita-cerita dia. Tgk dia post picture anak-anak sedara dia yg comel yg terer doodle2, awwhh, nak anak satu! (tapi tunggu menikah lah ye)

Paling lemah dgn budak-budak ni bila dorg cium kitaa, memang cair habis la kan perasaan yang beku tu. Byg kan kalau tgh marah-marah, then ada budak dtg peluk cium. Terus tak jadi mengamuk. Tapi bukan la bermakna budak-budak ni kena dimanjakan all the time, bagi aku kalau salah, tetap kena punish. Baru pisang tak berbuah dua kali. (Aku tak paham kenapa dikaitkan dgn pisang, kan bagus kalau pisang berbuah dua kali?)




Ni antara dua pics favorite aku. Luqman Wazif & Mia Sara Nasuha. (kelik gambar untuk sumber)

Daaaannnn ni pulak kartun favorite aku sekarang




Sesuai tak dgn mood aku sekarang? hehe ala ala mother love gituu.

6.7.10

Hello Kawan Baru

Dah approve 805 friend requests tadi. Haha 4 bulan punya friend request tak approve. Bila fikir balik, nak ignore & approve mcm menggunakan tenaga yg sama kan, so approve je lah. Kita tak jahat dgn org, takkan org nak buat jahat kat kita. Still boleh guna privacy setting yg kat facebook tu. Paling penting, create lists. Dgn cara ni, kita boleh enable siapa yg boleh post dkt wall or tak.

Dorang ikhlas nak berkawan, apa salahnya. Takkan semua nak stalking kot. Bukan sapa-sapa kot aku ni nak jadi mangsa stalker. -__-

Kalau dorg buat tahi, baru lah kita block. Tapi dorg takkan buat kita kalau kita tak buat dorg. So, play nice. Bak kata Umie Aida, kita hidup bermasyarakat, kena peka dgn sekeliling. Tapi tu artis la yg hidup bermasyarakat org semua kenal. Kita ni, org kenal-kenal dgn alam virtual je la kan. Macam facebook, blogging. Fikir dulu sebelum tweet/post status.

Kat luar? Berapa ramai true friends kita? Berapa ramai yg betul-betul nak tegur kita bile terserempak? Aku sendiri kadang-kadang pemalu nak tegur orang. Bukan apa, dorg hot, aku ni cool. Haha bukan bukan, dorg cantik cantik, aku segan la kan.

Jadi kawan-kawan FB, aku ni pemalu k, kurang nak reply comment korang sebab nanti bila dah terlebih mesra, lepas tu nanti aku boring lepas tu nanti aku dah tak reply comments nanti haa ade la yg cakap sombong ke apa , aku kena betul2 tau hati budi baru boleh ngam. okay bye.

5.7.10

freakin' tired man!

title nak propa, padahal letih tang mana je pun. online fb, youtube-ing, twittering. APA YG KAU LETIH? Oh oh, letih jaga duit. Mengalir macam air. Laju je habis. Barangnya tak nampak pun. Haa tu yg buat letih tu. Aku ni jenis, ada duit, takmau beli barang, takda duit, kecoh nak beli tu nak beli ni. Tapi masalahnya, duit aku ni habis dkt benda kecil-kecil je. Tu yg mcm sakit sikit.

Macam mana korang jaga duit oh? Mak bapak kaya takpa la. Kau mintak RM500 ke RM1k ke confirm boleh dpt punya.

4.7.10

Jangan Jolok Sarang Tebuan!

Please behave when you're being friend with someone's boyfriend. No need to become so manja. He still has his gf to manja-manja. Apa lah kau. Actually, I don't mind if you guys wanna be close friends or what, tapi kan ada limit. U're surely know women's heart. What if someone manja-manja with your bf like u did to mine? Sure marah kan? Please put a line between a friendship. And I can't say to him "Weyy stop being friend with her", he has the right to befriend with whom he wants. This is just the reminder for US girl, to take care of OTHER woman's heart by limiting our friendship attitude with ATTACHED GUYS. Kita pun jgn lah bermanja dgn laki lain. I am trying to not write louder than actions. Jgn sampai anonymous serang cakap kita ni hipokrit ke apa. Aku marah sekejap, reda cepat je. Menangis kuat ni. Tapi senang dipujuk. Naive. Bila kena tengking, dah gagap. Most of us memang lebih kepada menulis, kurang kepada bercakap. Bukan bermaksud apa yang kita tulis tu bukan diri kita. Manusia ni kadang-kadang cakap ikut nafsu, tak fikir, main lepas je. Bila menulis, kita at least berfikir "Apa nak tulis lagi eh?" Cakap kau akan ikut hati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa kan? Kadang-kadang rasa bersyukur dpt BF garang, at least he corrects me from wrong, bila buat perangai bodoh-bodoh tu ada yang menegur. And BF aku sgt jujur ok. Kita perlu ramai org dlm dunia ni. Jadi, appreciate apa yg kita dah ada ni.

Cakap pasal jujur, I feel so sorry when someone directly post a FB's status mention that he/she doesn't like this kind of person, this type of attitude. Well, wey tgk friendlist kome dulu, ramai kawan yang 'jenis' macam mana. Takkan la jadi jujur sampai menghentam sampai macam tu. I did this too, but on twitter. Di mana, jumlah org yang sakit hati dgn kita tu kurang. FB kau kawan beribu, takkan sorang pun tak kecil hati. Kalau berpuluh kecil hati? Tu yang boleh dpt soalan pelik dkt formspring, comment anonymous.

Bukan, apa yang aku tekankan adalah, berpada la bila bercakap or express something. Jangan sebab kita kata kita ada hak, semua boleh dilepaskan.
bosan.
semua bosan.
tgk facebook, status bola.
tgk twitter, tweet bola lagi.
tak tak, bukan bosan sgt sebenarnya.
emosi sikit.
apa-apa pun lagi berbaloi tgk World Cup, dari tgk Piala Malaysia,
yang asyik-asyik bola keluar padang, 5min kemudian, keluar padang lagi.
Tak pandai control.
Bukan ckp sebab terel main, tapi mcm tak teragak-agak ah bola tu asyik keluar je.

tengok world cup, boleh cuci mata.Align Center
boleh berangan bila tgk ronaldo senyum macho.

tengok world cup boleh tambah dosa jugak, bila kalah, maki-maki hamun.
tapi buat yang kuat sabar tu, boleh tambah pahala jugak, bila beristighfar tiap kali nak termaki.

boyfriend girlfriend ada bergadoh tak musim world cup ni?
mesti adaa, boyfriend pi tgk bola, girlfriend cakap pergi jumpa perempuan lain.

nanti lah update lagi. tgh musim bola, tak tau nak cakap apa.
tunggu musim lain pulak.
satu musim satu update.

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...