Posts

Showing posts from August 10, 2010

Selamat Berpuasa!

Okay esok dah mula puasa dah. yeay yeay! Okay bila dah start puasa ni, cara yang paling baik utk kita yg senantiasa dilimpahkan dgn makanan tanpa henti, buka peti ais tgk ada makanan, balik rumah mak masak sedap, nak makan apa semua boleh ialah dengan meletakkan diri kita dalam situasi yg serba kekurangan. Letakkan diri kita dalam diri seseorang yg makan pun hanya sekali sehari, kadang-kadang mungkin tak makan langsung. Seseorang yang mungkin hidup dlm pondok usang, tanpa penghawa dingin, tanpa kipas pun. Seseorang yang mungkin tidur beralaskan lantai, atau paling enak pun, tikar mengkuang yg usang dan kita lena tidur atas katil dan tilam yg empuk. Aku yakin, ada je antara kita yg akan mkn besar apabila berbuka. Makan sana sini hari-hari. Padahal, org yg kurang mampu dari kita, nak cari sesuap nasi utk bersahur pun susah, apatah lagi utk berbuka. Jadi, apakah tindakan kita utk memuliakan lagi Ramadhan?