15.7.11

Tertarik dgn satu entry tentang kahwin tanpa hantaran mahal-mahal. Ye aku sangat setuju. Aku seorang perempuan dan aku sangat-sangat setuju. Pernikahan bukan bertujuan utk membazir atau menunjuk-nunjuk. Orang kata, berkat tu ada pada pernikahan yg sederhana tapi cukup syaratnya. Aku dulu tak pernah fikir yg perkahwinan akan jadi satu isu yg sangat memeningkan kepala. Tapi bila betul-betul mengalami sendiri, ye, nak fikir hantaran tu hantaran ni, duit tu duit ni. Oi cari duit bukan senang. Lagi-lagi bagi seorang lelaki, tu semua dorang yang pikul tahu.

Bagi aku, cukup lah kalau perkahwinan tu disambut dgn kenduri yg ala-kadar, pengantin disambut dgn aluang gendang & rebana. Hantaran pun sekadar memenuhi adat. Aku tak nak menyusahkan bakal suami aku. Dia yang akan tanggung aku sampai aku mati. Kalau awal-awal aku dah nak perabih duit dia, mana dia nak cekau duit utk sara hidup aku bila dah kahwin nanti. Dah nikah kena fikir byk tanggungjawab. Lagi kalau kita kahwin ni nak zuriat cepat. Fikir anak lagi.

Tapi sebenarnya, alam perkahwinan ni indah kalau ada tolak ansur. Sebagai contoh, laki kau seorang yang panas baran, kau jadi la yang lemah lembut. Ye kadang-kadang perit bila kita terpaksa sentiasa bersabar je, tapi itu akan berbaloi suatu hari nanti. Bila dia akan sedar & nyanyikan kau lagu "Pada Syurga di Wajahmu" :')

Aku sendiri tak sabar nak jadi yg halal utk bakal suami aku. Tapi aku fhm situasi dunia sekarang, semua benda kena guna duit. Itu ini nak guna duit.

p/s: Abang, sabar lah ok. Syg yakin, pintu rezeki kita akan terbuka nanti, cuma masa yang akan tentukan. Syg percaya cinta abang. I love you.

11.7.11

Sejauh mana mampu kita bersabar. Mungkin kadang-kadang sesak nafas di dada ni menahan amarah dan sedih yang tak sudah-sudah. Menangis, tersedu-sedan meraung, meratapi nasib.

Ya itu aku. Selalu benar semua ini terjadi pada diri aku. Kadang-kadang emosi lebih dari rasional. Tindakan pun yang bukan-bukan. Nasib baik bukan pisau yang terletak dekat di tangan. Dalam bahasa Jawa, aku digelar cengeng. Menangis sampai tak mampu berfikir. Hingga mengeruhkan keadaan.

Tak mengapa, aku belajar, belajar utk bersabar dgn dugaan hidup, mendekatkan diri dgn Allah yang Esa. Tiada yang lain, hanya Nya yang menjadi peneman, pendengar setia ku. Ku perdengarkan ayat-ayat Mu sebelum tidur, ku dendangkan sebaris dua ayat suci Mu, agar aku dapat lebih tabah menghadapi sebarang dugaan. Bukan hanya utk ku, tetapi utk insan-insan yang ku sayangi.

Bukan aku tak tahu ada antara kalian yang memerli aku. Ibaratnya aku seperti ayam bertelur riuh sekampung. Ya pelbagai badai yang melanda aku. Aku hanya mengharapkan doa kalian. Bukan perlian. Tetapi terima kasih lah atas perlian-perlian itu. Aku sabar.

9.7.11

Oh please lah aku nak berhadapan dgn benda macam ni. Sebab ni lah aku prefer utk tidak terlalu bergaul dgn ramai org. Tak bergaul pun still ada yang talk shit about u. Just because I talked too much about my relationship. Itu laman aku. Kalau tak suka, please scrolllllllll sampai tak nampak. Aku tak paksa. Mula-mula, doakan yg terbaik. Lepas tu? Talk behind my back. Ye I'm someone yg obses dgn cinta. Nak tau kenapa? AKU TAK RAMAI KWN MCM KAU, KAU & KAU. Aku senang dgn kehidupan aku skrg ni. Tapi aku bersyukur, ada yang betul-betul faham aku. Ah benda ni remeh je sebenarnya kalau aku nak caerita dekat sini. Aku stop sekarang.

p/s: Aku marah sebab aku tak sangka sesetengah org tu mcm tu. Percaya org berpada-pada Aina.

2.7.11

Budak.

Tiba-tiba pagi Sabtu ni, tengah santai-santai, aku teringat sepupu-sepupu kecik aku. Ye lah, sebab umur diorang semua baru dalam 3-7 tahun macam tu. Yang seorang ni nama Huwaida, 3 tahun. Mula-mula jumpa aku, garang bukan main lagi. Macam nak dicakarnya aku. Haha. Tapi aku tak peduli, aku tetap nak mengusik dia. Dengan rambut kerintingnya. Gigi nak tak nak ada. Comel. Suara nak serak-serak Ella. Tgh sombong tu, last-last layu jugak dia dgn aku. Pandai nak manja-manja. Tapi yg tak best, bila aku cium kepala dia, dia boleh kesat balik, siap bau & buat muka lagi kat tempat aku cium tu. -_-"

Bila lah nak kahwin & ada anak sendiri.

Dilated Cardiomyopathy Part 2

So i was changing wards for three times. From surgical ward - medical ward - first class ward when my condition was a bit stable. Staying i...