2.7.11

Budak.

Tiba-tiba pagi Sabtu ni, tengah santai-santai, aku teringat sepupu-sepupu kecik aku. Ye lah, sebab umur diorang semua baru dalam 3-7 tahun macam tu. Yang seorang ni nama Huwaida, 3 tahun. Mula-mula jumpa aku, garang bukan main lagi. Macam nak dicakarnya aku. Haha. Tapi aku tak peduli, aku tetap nak mengusik dia. Dengan rambut kerintingnya. Gigi nak tak nak ada. Comel. Suara nak serak-serak Ella. Tgh sombong tu, last-last layu jugak dia dgn aku. Pandai nak manja-manja. Tapi yg tak best, bila aku cium kepala dia, dia boleh kesat balik, siap bau & buat muka lagi kat tempat aku cium tu. -_-"

Bila lah nak kahwin & ada anak sendiri.