15.7.11

Tertarik dgn satu entry tentang kahwin tanpa hantaran mahal-mahal. Ye aku sangat setuju. Aku seorang perempuan dan aku sangat-sangat setuju. Pernikahan bukan bertujuan utk membazir atau menunjuk-nunjuk. Orang kata, berkat tu ada pada pernikahan yg sederhana tapi cukup syaratnya. Aku dulu tak pernah fikir yg perkahwinan akan jadi satu isu yg sangat memeningkan kepala. Tapi bila betul-betul mengalami sendiri, ye, nak fikir hantaran tu hantaran ni, duit tu duit ni. Oi cari duit bukan senang. Lagi-lagi bagi seorang lelaki, tu semua dorang yang pikul tahu.

Bagi aku, cukup lah kalau perkahwinan tu disambut dgn kenduri yg ala-kadar, pengantin disambut dgn aluang gendang & rebana. Hantaran pun sekadar memenuhi adat. Aku tak nak menyusahkan bakal suami aku. Dia yang akan tanggung aku sampai aku mati. Kalau awal-awal aku dah nak perabih duit dia, mana dia nak cekau duit utk sara hidup aku bila dah kahwin nanti. Dah nikah kena fikir byk tanggungjawab. Lagi kalau kita kahwin ni nak zuriat cepat. Fikir anak lagi.

Tapi sebenarnya, alam perkahwinan ni indah kalau ada tolak ansur. Sebagai contoh, laki kau seorang yang panas baran, kau jadi la yang lemah lembut. Ye kadang-kadang perit bila kita terpaksa sentiasa bersabar je, tapi itu akan berbaloi suatu hari nanti. Bila dia akan sedar & nyanyikan kau lagu "Pada Syurga di Wajahmu" :')

Aku sendiri tak sabar nak jadi yg halal utk bakal suami aku. Tapi aku fhm situasi dunia sekarang, semua benda kena guna duit. Itu ini nak guna duit.

p/s: Abang, sabar lah ok. Syg yakin, pintu rezeki kita akan terbuka nanti, cuma masa yang akan tentukan. Syg percaya cinta abang. I love you.