22.6.12

Cari pasal.

Hmm..aku tak tau sejak bila amarah aku makin membuak-buak. Betul org kata, diri kita adalah pengalaman kita. Makin banyak pengalaman kita, makin banyak kita belajar, makin banyak kita rasa, makin banyak perkara yg kita tau atasi. Tapi bagi aku, ada satu perkara yg aku tak boleh handle, iaitu emosi. Cepat sangat emosi ni mempengaruhi aku. Pantang jadi apa-apa, mula nak melenting, mula nak menangis, mula nak cakap/fikir bukan-bukan. Serius, aku dah jadi Aina yg lain. Bukan Aina yg dulu yg senang percaya orang.

Sekarang, semua benda kalau cari pasal dgn aku, aku nak mengamuk. Kalau time drive lagi lah, jgn lah ada org nak mencucuk-cucuk or bagi high beam, memang aku kejar balik. Punya bahaya sampai mcm tu sekali emosi aku main peranan. Kalau gaduh pun, mula aku nak tekan minyak kuat-kuat.

Haih. Tapi saat aku menulis ni, tiba-tiba ada anjing lalu. Aku tak tau kenapa, aku tgk binatang, mcm kucing/anjing, hati aku seronok, even kalau aku nampak babies, sejuk balik hati aku. Sebab tu kalau boleh, kalau hati aku tak tenteram, aku nak Kiki dgn aku. How I miss that spoil brat cat. Seriously. Aku jadi tenang bila dgn Kiki. Pernah aku persoal, boleh tak nak usung je Kiki ke mana-mana je? Or boleh tak kalau kat mana-mana aku pergi pun ada kucing yg boleh aku belai?

Aku harap aku boleh control semua ni. Aku nak jadi Aina yg bukan pasif gila, tapi aku nak jadi seseorang yg disenangi org. Kat office pun aku kemain menyombong lagi. Padahal aku tau aku boleh jadi peramah, cuma not at this moment utk aku bergurau senda dgn dorang.

Ye, saat ni aku harap jgn ada yg cari pasal.

21.6.12

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)


Hello and Assalamualaikum semua org. First sekali, cerita yg akan aku sampaikan nanti ni adalah cerita benar dimana aku sendiri dah experience benda ni dalam bulan March baru-baru ni. Macam bukak pekung sendiri, rasa malu pun ada, tapi sebagai pengajaran utk yg lain la kan supaya tak terjebak jugak.

Al-kisahnya, aku ni bekas student TESL UiTM, tapi awal tahun ni, I've decided to quit studying. Sebab? Asyik repeat literature,so takut tak boleh bawak, aku quit. Quit dgn harapan nak sambung study, tapi course lain lah kan. Dalam masa nak sambung study balik,ada banyak masa sebelum intake baru, let's say new intake in July/Sept, ada 5-8months free time. So baik kerja kan?

Pergi interview sana sini, lepas tu mintak tolong Angah dptkan kerja kat AIA. Company insurance. Alhamdulillah company ni telus. Bagi basic dlm RM1500++ mcm tu, ok la utk diploma mcm aku. Baru nak start kerja betul-betul kan. Tapi tau la kan, kerja sales, utk budak yg tau komputer ni je, nak menjual-jual memang fail. Lagi guna phone binding service. Kerja kau call org je lah. But as long company bagi basic, alhamdulillah. Memang telus AIA ni, 10 hari kerja pun dorang byr. Even after I've quitted, they still pay me commisions, dlm rm30++ mcm tu. HAHA. Kerja kat AIA tak sampai sebulan, start 20/02/2012 sampai mid march mcm tu. Then dapat kerja as ADMIN ASSISTANT dkt REAL INGENIOUS SDN BHD (REAL lah sangatttt kan)

Satu hari tu, tak tau kenapa rasa down sgt bila tak dapat sale, mula lah hati nak cari kerja lain. Ye la, team leaderasyik dtg tempat tanya "Aina, berapa sales dah?". Adoi Megan, I suffer nak call customer, semua customer dah own more than 2 policies. Lagi dpt yg suka nak hentam, kalau tak nak cakap je tak nak, boleh closed contact terus. Dah rasa mcm tu, lantas aku pun beli la paper byk-byk. Cari dkt ruang perkerjaan tu, cari punya cari, haa jumpa, Admin Assistant, gaji RM2100-RM2300; Admin Executive, gaji RM2100-RM2900. Banyak kan? Utk org yg mata duitan mcm aku ni, aku pun gigih call, dorang set kan interview esoknya. PAdahal sebelum tu aku dah gi interview dgn Standard Chartered bank.

Esoknya, aku pi lah interview dkt Menara UOA Bangsar. Gah betul aku dapat kerja kat sini. Bangunan dia kemain lagi canggih.Yg interview aku Chinese, Amy name dia, petite, suka pakai blazer & skirt. Bajet good-good gitu. General Manager la ni.Awal-awal tanya parents aku buat apa, aku cakap la kerja kerajaan. Lepas tu dia tanya sikit-sikit pasal finance, sinceaku memang mata duitan, aku cakap aku tau je la, at least ada la sikit knowledge. So lepas interview, aku pun balik la,tak menaruh harapn apa-apa pun, cuma berharap aku dpt kerja yg tak payah buat sales, itu sajo.

Tak silap aku, hari Rabu aku interview, Jumaat petang dorang call, cakap aku dapat kerja tu. PERMANENT lagi yoo, bukan contract. Tapi lama aku tunggu utk dia panggil aku start kerja, takda exact date, sampai aku yg kena call berulang kali,dek tertarik dgn perkataan permanent tu, aku reject offer dari standard chartered, sebab dorg offer contract position je.Bangang jugak la.

Aku nanti akan ditempatkan under perempuan nama Diana. Aku call banyak kali la Diana ni tanya betul ke dapat kerja ni, berhari-hari la aku tunggu kat rumah tak buat apa-apa lepas berhenti AIA. Aku naik LRT gi Bangsar. Memang convenience location office dia, betul-betul turun LRT tu sampai la office. First day, under Diana ni ada 2 lagi budak. Nama apa aku tak ingat. Yg aku tau last-last tinggal aku sorang je. Yg sorang sebab bpk dia ragu-ragu dgn FOREX, haa ye lupa nak cakap, Real Ingenious(R.I) ni servicing company utk FOREX. Illegal lah tapi.Tapi masa tu tak tau lagi. Gigih jugak a pergi training apa semua sampai 8 hari. Dok ulang alik. Bila tanya bila dapat offer letter dia cakap bila training habis. Puihh la penipu. Ok takpa, aku stay dulu. Dok buat-buat pandai analyse graph apa semua.

Dari Diana, sampai Amy sampai ke laki cina nama apa tah aku pun tak ingat dok pujuk aku suruh pujuk family invest. Yg akutak faham kenapa beria sangat nak family aku yg invest, ohh sebab kebanyakan family members aku kerajaan, so senang nak buat loan, aku masa tu ye ye je yakin, ye la, nak tolong family itu ini, nak bagi dorg senang, aku try jugak la ckp dgn mak. Mak pun mcm tu je la, buat endah tak endah je, anggap tu semua kerja aku. Yg aku rimas, setiap kali aku dtg keje, tanya mcm mana dgn family, dorg tak tanya direct tau, alasan just nak aku bagi family faham FOREX tu mcm mana, sampai ada masa aku nak mengamuk jugak la explain. Aku cakap yg ye aku faham FOREX ni mcm mana, tapi ingat senang ka aku nak tgk family aku buat loan berhutang apa semua, tak gheti bahasa dorang ni nak push-push aku. Kalau betul aku kerja as admin assistant, and kalau betul sebagai admin assistant aku kena analyse graph je, bagi aku dok diam-diam analyse graph la lepas tu aku bagi la analysisgraph aku kat korang. C*laka betul.

Lepas hari ke-7 aku dah hilang sabar, sebab mula-mula dia kata training dlm 7 hari, and mungkin tak sampai kalau aku cepat. Disebabkan aku bab-bab teknikal, analyse graph apa semua memang cekap, dlm 3hari aku dah faham semua tu. Uptrend, downtrend,two-way market, apa jadah semua tu memang aku dah mahir la kan. So aku keep on tanya, where's my offer letter. First day lagi si Diana dah cakap ada renumeration apa semua, bonus la, company trips la, celaka semuanya menipu. on the 8th day, dekat-dekat nak habis office hour, si Diana ni panggil aku masuk bilik kaca, yg konon-konon private la discussionnya. Nak bagi aku offer letter. Jantung aku dup dap rasa ada benda tak kena. Baca punya baca, yes memang ada yang tak kena, tak stated pun berapa renumeration aku. So 8 hari aku dtg tu bodoh-bodoh je la. Aku question, where's my basic? Why it is not stated? Diana ni cakap once aku handle at least one account, baru aku dapat. Gila ke, nak bukak satu account, at least kena ada orgsanggup invest USD150,000 / RM420,000. Kau hado ke? Jumlah ni nak suruh family aku buat?

Aku memang hampir tertipu and hampir menipu family aku dgn semua ni. Bayangkan kalau aku tak sedar and still mata duitan? Tak mustahil ramai yang benci aku. Dah mana pulak aku nak cari duit nak ganti semua tu. B*bi punya REAL INGENIOUS. Konon 1 point movement dapat USD50, puihh la. Ni aku tergerak nak cerita sebab aku tgk ramai yg terkena. Memang dah lama benda ni cuma dorang keep on tukar nama company, aku syak nama dorang pun tak betul. Beria je nak celebrate April babies masa tu, kek Baskin Robbin, jamuan semua. Padahal masa training makan sendiri-sendiri. Masa aku AIA, AIA bagi 3 days free meal masa training, okay la tu.
Pengajaran yg aku dapat, JGN MATA DUITAN, buat kerja sebab tanggungjawab, no easy money.

Alhamdulillah, sekarang aku dapat kerja yg ikut bidang aku. Aku rasa aku tak boleh lari dari sains & komputer. So here I am as a software developer.

Syukur Ya Allah, for the experience.

5.6.12

Dear Bakal Suamiku,

Terlalu banyak mimpi kita,
Terlalu banyak impian kita.

Tapi sebanyak itu juga la halangan yang menimpa kita,
Dari orang ke-3, keluarga dan jugak keadaan sekeliling.

Alhamdulillah, 8 bulan berjaya jugak kita tempuh.
Kasih tak pernah pudar, semakin hari semakin aku menanam impian menjadi yang halal bagimu.


Sayang akan cuba untuk sentiasa bersama abang walau dalam apa jua keadaan sekali pun. You will always have me.


BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...