19.9.12

52 hari sebelum kejadian.

Hai. Lama tak update pasal diri sendiri. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk post ni pun dah stated lagi 52 hari sebelum jadi isteri orang. Kalau cakap dgn bakal suami mcm ni mesti dia balas, "Mesti la suami org, takkan suami kucing pulak." So not romantik, tapi takpe, he's just being himself.

Makin dekat tarikh, makin nampak jalan, makin murah rezeki, Alhamdulillah. First rezeki when our parents are blessed dgn rezeki yg murah, Alhamdulillah. Lepas tu bakal suami pulak dapat kerja kerajaan, terjamin masa depan, masa depan anak-anak, hari tua kami nanti, insyaAllah, Alhamdulillah. Lepas tu walaupun kadang-kadang tgk duit dalam akaun makin mensusut, Alhamdulillah segala keperluan utk majlis boleh settle sikit-sikit. 

And now, aku pulak dapat interview SPA. InsyaAllah, ada rezeki ada la. I believe in Allah's plan. Dia dah tetapkan kat mana aku kerja, so apa-apa pun keputusan aku terima je. Lepas interview tu, semalam check email, kena pergi exam utk jawatan F29, on 29 September. Bunyi macam lucky number, tapi yeah I should give a try. Doa, Usaha, Tawakal. Yes, semua atas izin Allah.

Cuma sekarang nak settlekan borang, cari rumah nak duduk dgn husband nanti, and kerja yg berlambak kat office ni. Pening jugak. Masa makin pantas. Harap-harap semua lancar. InsyaAllah.



6.9.12

feedback.

Ya Allah
Dapat banyak feedback regarding post pasal Real Ingenious tu. Kenapa lah ada Melayu mcm ni. Saya takpa lagi, hampir terkena. Ada yg email semua yg dah lost hundred thousands of RM. Banyak tu. Dosa besar aniaya orang ni. Kau kalau takda pelajaran pun, janganlah buat jahat mcm ni kat orang. Haram duit tu. Kau kalau betul-betul nak involve dalam investment, buat betul-betul. Ada unit trust, ada saham. Yes sekarang terbukak mata bahawa memang takda cara cepat utk dapat duit. Ada, tapi haram lah kan.

To all victims, who have emailed me, or commented on my post, harap-harap korang banyakkan sabar. I will help apa yg terdaya.

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...