Astaghfirullahalazim..
Banyak sgt kejadian yang melibatkan kanak-kanak dan bayi..
Dunia ni mcm dah tak selamat sgt dah..
Semoga syurga milik aanak-anak yang jadi mangsa kekejaman dan kelalaian manusia..

Satu kes yang meruntun hati last week, kes kanak-kanak 2 tahun yang dipenggal..
Bila tau pulak yang ibunya seorang gelandangan, lagi la rasa sedih..
Aku selalu terfikir, anak-anak yang tidak bernasib baik ni, bagaimana makan pakainya, tempat tidurnya..
Banyak kali, bila rasa down sebab duit tak cukup, nak beli ini tak boleh, beli itu tak dapat, aku cuba renung balik, dan insaf, betapa ramai lagi insan yang langsung tak punya apa-apa..
Walaupun ada hari aku dan suami naik motor ke pejabat, meredah lebuhraya sejauh 60km setiap hari,
tetapi ada antara kita yang langsung tak punya pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap..

Sesungguhnya manusia tidak pernah puas..

Comments

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump