15.5.14

Penangan Habibie & Ainun

 
 
Kebelakangan ni, memang banyak kali dah dok ulang tengok cerita Habibie & Ainun. Cerita ni tak melarat. Simple. Cerita ni mengisahkan percintaan Habibie & Ainun, di mana Habibie ni seorang engineer dan Ainun pulak seorang doctor. Ainun korbankan kerjaya sebagai doctor di Indonesia utk ikut suaminya ke German. Habiskan study dan kerja di sana. Tapi mereka menyimpan hasrat utk kembali ke Indonesia. Berbakti kepada tanah air sendiri.


 
Mereka akhirnya dapat pulang ke tanah air. Habibie menjadi Presiden Indonesia selepas kejayaan beliau membina kapal terbang pertama Indonesia. Pelbagai dugaan ditempuh, termasuk fitnah dan tohmahan. Ainun sentiasa di sisi Habibie. Tidak pernah sekali dia mengabaikan suaminya walaupun dia menderita sakit.
 
 
Cerita ni sangat memberi kesan kepadaku. Membuatku menghargai suamiku lebih dari sebelum ini. Mungkin ada yang membaca post ku sebelum ni, di mana aku dan suamiku ada salah faham. Tapi sekarang, aku cuba untuk sentiasa membahagiakan dia. Kerana bahagia dia, bahagia ku.
 
 
Walaupun aku kini berbadan dua, Alhamdulillah, tapi aku tetap nak naik motor dgn suamiku ke kerja. Jarak yang jauh bukan penghalang. Dari Meru - KL, KL - Meru, setiap hari. Supaya aku dapat merasa setiap penat lelahnya, supaya kami dapat sentiasa bersama dalam susah senang. Dia berhujan, aku berhujan. Dia berpanas, aku berpanas. Malah aku cuba menjadikan perjalanan kami itu perjalanan yang menyeronokkan, kerana kita takkan tau di mana pengakhiran hidup.
 
Ayat di dalam gambar di atas adalah petikan lagu Cinta Sejati, OST filem Habibie & Ainun. I keep on repeating this song. Hanya kerana setiap bait lagu itu, adalah luahan aku terhadap suamiku. Hanya Allah tahu, betapa cintanya aku padanya. Terima kasih Allah kerana meminjamkan aku seorang suami yg berusaha menerima aku seadanya. Jadikan aku isteri yang sentiasa redha akan segalanya.