Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

21.7.10

Nak yang murah ke yang mahal?

Aku tak suka mekap. Setakat pakai foundation sikit, eyeliner, mascara boleh la. Tapi kalau taruk benda lain, mesti hancus. Blusher ke eyeshadow ke, memang tak pakai. Blusher pakai la jugak KADANG-KADANG bila muka TERLALU pucat. Paling tak boleh, eyeshadow la. Bila dah jadi seseorang yang tak suka bermekap ni, nak beli ala-alat solek tu pun kalau boleh nak beli yang paaaaaling murah.

Sebelum aku taruk any foundation on, aku apply Olay White Radiance Lotion. Ada dua versi, satu yg lotion, satu lagi yg cream. Aku kulit berminyak, so tak boleh pakai yg cream ok. Olay White Radiance ni yg 30ml price dia paling mahal pun RM10.50. 30ml tahan more than 3 months rasanya. Jimat kan?
Untuk foundation, aku guna Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation. Beli pun masa ada sale dkt Watson, RM18.90. Murah lah tu kan dari nak beli M.A.C ke, Bobby Brown ke, etc etc.

Lepas tu aku apply dua benda ni, baru la sampai bab bedak. Kalau dulu, aku pakai bedak J&J je pergi mana-mana. Tapi saja la nak berubah jadi lebih keperempuanan, aku pakai la proper sikit. Aku guna Pure Fresh Oil-Control Pressed Powder. Harga pun lebih kurang RM13.88 (beli time sale lagi). Bagi aku bedak ni works wonders bila dia tak terlalu heavy and muka pun tak nampak cakey bila pakai.

Tadaaa base dah siap, tinggal nak solek mata je kan. Aku guna eyeliner RM9 beli satu free satu maksudnya satu eyeliner tu berharga RM4.50 lah kan. Ni yg versi liquid, kalau versi kohl/pensil aku guna Follow Me, berharga RM6.90. Muraaah kannnn. Alhamdulillah mata takda la bengkak ke diracuni ke apa lagi walaupun barangannya murah-murah aja. Betapa murahnya product ni sampai aku nak tanya abg Google pun dia tak tau!


Dan kemudian lentikkan bulu mata anda tu dgn mascara berharga RM6.90 jugak, boleh beli dkt tesco. Bulu mata panjang apaaaaaa. Resultnya takda la sehebat Magnum Maybelline tu, tapi okay apa utk yg tak suka membazir duit utk mekap-mekap, boleh try yg ini. Brandnya All About Face, made in Thailand. InsyaAllah halal. Tanya abg Google, dia cakap ni brand California -__-


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan, tanpa mekap pun kita boleh cantik sebenarnya, apa yang penting? Ketulusan hati. Aww aw aww!

Okay bye!

12.7.10

Kawan tapi musuh

Ada lah seorang dua hamba Allah ni yang buat aku mcm tu, kalau aku comment status dorg, mula lah aku dpt komen mcm "haii kwn baik nampak dgn org tu", lantas si polan ni pun kata "ohh tak takk, ampun, delete ye", lalu comment aku pun di delete. Padahal komen aku ni tak berkaitan pun dgn persahabatan mereka berdua. Utk makluman, mereka adalah sejantina dgn aku.

Jadi wujudnya apa kat sini? Diskriminasi? Aku tak add hangpa weh, hangpa yg add aku. Aku nak buat baik, hangpa buat tahi. Buat apa nak add kalau aku tak boleh comment korang. Manusia kan. Lantak pi la. Aku malas nak delete korang. Biar aku pulak stalk korang kan. heh. Dah alang-alang.

Ada jugak yang mendelete aku dr facebook. Bukan calang-calang org, blogger terkenal jugak la bagi aku. Aku antara yg terawal jd friend dorang kat facebook, dan mungkin antara yg terawal jgk didelete. wahaha. Entah apa nasib aku ni kena delete. Tak cukup blogwalking kot, tak cukup kelik nuffnang kot. Hikhik. Tapi takpe, aku tak kisah pun. Korang kan feymes, ada privacy.

Setahu aku, privacy tu utk mengumpat je.

10.7.10

Aku suka budak-budak.


Aku garang, tapi aku penyayang. Aku suka marah-marah, tapi aku pemurah. Haha. Gila masuk bakul angkat sendiri. Serius la weh, memang macam tu. Contoh terdekat adik aku sendiri la, kalau aku tengking, haa habis jiran-jiran dgr. Tapi kang kalau dia nak itu ini, aku yg pergi habis duit belikan. Dapat pulak adik yg demand ni kan, baju tak nak yg koman koman.

Tapi bila tang baby ni, alahai sejuknya hati aku tgk dorg senyum. Macam adik Mia Sara tu, korang tgk je la fan dia kat facebook ada berapa? Aku dari dulu time tgk dia kat Soflan tu aku dah start sukaa. Kebetulan sepupu aku sorang muka hampir-hampir mcm dia, balik kg Johor je, mesti dia nak bermanja-manja dgn aku. Aloh alohh, rindu pulak.

Tapi kalau aku ada anak sendiri, aku tak tau la duit aku berabis je utk dia. Haha. Bye bye la laki aku, aku nak pentingkan anak. Tambah-tambah bila baca blog Kak Anna , dapat anak macam Luqman, siapalah yang tak excited. Comel sgt-sgt! Aku yg memang adore Kak Anna dari 2005 lagi, memang sentiasa nak tahu cerita-cerita dia. Tgk dia post picture anak-anak sedara dia yg comel yg terer doodle2, awwhh, nak anak satu! (tapi tunggu menikah lah ye)

Paling lemah dgn budak-budak ni bila dorg cium kitaa, memang cair habis la kan perasaan yang beku tu. Byg kan kalau tgh marah-marah, then ada budak dtg peluk cium. Terus tak jadi mengamuk. Tapi bukan la bermakna budak-budak ni kena dimanjakan all the time, bagi aku kalau salah, tetap kena punish. Baru pisang tak berbuah dua kali. (Aku tak paham kenapa dikaitkan dgn pisang, kan bagus kalau pisang berbuah dua kali?)




Ni antara dua pics favorite aku. Luqman Wazif & Mia Sara Nasuha. (kelik gambar untuk sumber)

Daaaannnn ni pulak kartun favorite aku sekarang




Sesuai tak dgn mood aku sekarang? hehe ala ala mother love gituu.

28.7.09

Go away sakit perut!

Perempuan.
PMS.
Period pain.

Maaf. Utk bacaan wanita shj. (Kalau tulis mcm ni mesti ada je laki-laki yang nak tumpang baca sekali).

PMS minggu ni sgt melampau. I've been having this for more than two weeks tau tak. I wait for 'it' to come, tapi tak muncul-muncul. Yang ada hanya perut yang kesakitan. Plus now musim hujan, sejuk yang teramat. Menggigil dalam office. Nasib my mom's office just buka pintu and i see her.

I even prepared everything, menstrual pill yang berwarna sgt girly pink tu pun masih ada dlm stock. That's my essential.

Now, I'm going to make sure that i bring that special 'stuff' to office.

Period? Tak kisah. ;)

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...