27.11.09

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hikmat Ibadat Korban

Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadat sunat yang dikerjakan pada setiap Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban yang dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Islam mensyariatkan ibadat korban ini sebagai satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata’ala, di samping mengekalkan ingatan kita akan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam sebagai satu ujian dari Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya yang taat.

Di antara fadilat korban yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termidzi, daripada Aisyah Radiallahuanha bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

"Tiada ada suatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wata’ala sebelum darah itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih."

Jelaslah kepada kita bahawa ibadat korban adalah merupakan suatu ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan yang setentunya mendapat kemuliaan di sisi Allah Subhanahu Wata’ala di hari kiamat kelak. Melakukan ibadat korban itu akan menambah lagi amal kebajikan yang kita lakukan di samping ianya sebagai penebus dosa-dosa kita sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

"Wahai Fatimah! Pergilah kepada korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya bagimu keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosamu yang telah lalu dengan bermulanya titisan darah korban itu. Fatimah berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ini khas untuk ahli bait (keluarga Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam) sahaja atau untuk kita semua dan seluruh umat Islam? Nabi sallallahu alaihi wasallam menjawab: Bahkan untuk kita semua dan semua umat Islam." (Riwayat Al-Imam Al-Bazar dan Al-Imam Ibnu Hibban).

Melaksanakan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan bukan sahaja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah subhanahu wata’ala yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya ada rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat rapat di antara si pemberi dengan si penerima, khususnya yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu.

Selain mengeratkan silaturahim sesama Islam, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.

Jelaslah kepada kita umat Islam bahawa ibadat korban itu dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji, di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati. Bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Dan boleh juga menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama manusia di mana ia boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.


Sumber: www.brunet.bn

No comments:

Post a Comment

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...