Aku suka budak-budak.


Aku garang, tapi aku penyayang. Aku suka marah-marah, tapi aku pemurah. Haha. Gila masuk bakul angkat sendiri. Serius la weh, memang macam tu. Contoh terdekat adik aku sendiri la, kalau aku tengking, haa habis jiran-jiran dgr. Tapi kang kalau dia nak itu ini, aku yg pergi habis duit belikan. Dapat pulak adik yg demand ni kan, baju tak nak yg koman koman.

Tapi bila tang baby ni, alahai sejuknya hati aku tgk dorg senyum. Macam adik Mia Sara tu, korang tgk je la fan dia kat facebook ada berapa? Aku dari dulu time tgk dia kat Soflan tu aku dah start sukaa. Kebetulan sepupu aku sorang muka hampir-hampir mcm dia, balik kg Johor je, mesti dia nak bermanja-manja dgn aku. Aloh alohh, rindu pulak.

Tapi kalau aku ada anak sendiri, aku tak tau la duit aku berabis je utk dia. Haha. Bye bye la laki aku, aku nak pentingkan anak. Tambah-tambah bila baca blog Kak Anna , dapat anak macam Luqman, siapalah yang tak excited. Comel sgt-sgt! Aku yg memang adore Kak Anna dari 2005 lagi, memang sentiasa nak tahu cerita-cerita dia. Tgk dia post picture anak-anak sedara dia yg comel yg terer doodle2, awwhh, nak anak satu! (tapi tunggu menikah lah ye)

Paling lemah dgn budak-budak ni bila dorg cium kitaa, memang cair habis la kan perasaan yang beku tu. Byg kan kalau tgh marah-marah, then ada budak dtg peluk cium. Terus tak jadi mengamuk. Tapi bukan la bermakna budak-budak ni kena dimanjakan all the time, bagi aku kalau salah, tetap kena punish. Baru pisang tak berbuah dua kali. (Aku tak paham kenapa dikaitkan dgn pisang, kan bagus kalau pisang berbuah dua kali?)




Ni antara dua pics favorite aku. Luqman Wazif & Mia Sara Nasuha. (kelik gambar untuk sumber)

Daaaannnn ni pulak kartun favorite aku sekarang




Sesuai tak dgn mood aku sekarang? hehe ala ala mother love gituu.

Comments

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump