Hello Kawan Baru

Dah approve 805 friend requests tadi. Haha 4 bulan punya friend request tak approve. Bila fikir balik, nak ignore & approve mcm menggunakan tenaga yg sama kan, so approve je lah. Kita tak jahat dgn org, takkan org nak buat jahat kat kita. Still boleh guna privacy setting yg kat facebook tu. Paling penting, create lists. Dgn cara ni, kita boleh enable siapa yg boleh post dkt wall or tak.

Dorang ikhlas nak berkawan, apa salahnya. Takkan semua nak stalking kot. Bukan sapa-sapa kot aku ni nak jadi mangsa stalker. -__-

Kalau dorg buat tahi, baru lah kita block. Tapi dorg takkan buat kita kalau kita tak buat dorg. So, play nice. Bak kata Umie Aida, kita hidup bermasyarakat, kena peka dgn sekeliling. Tapi tu artis la yg hidup bermasyarakat org semua kenal. Kita ni, org kenal-kenal dgn alam virtual je la kan. Macam facebook, blogging. Fikir dulu sebelum tweet/post status.

Kat luar? Berapa ramai true friends kita? Berapa ramai yg betul-betul nak tegur kita bile terserempak? Aku sendiri kadang-kadang pemalu nak tegur orang. Bukan apa, dorg hot, aku ni cool. Haha bukan bukan, dorg cantik cantik, aku segan la kan.

Jadi kawan-kawan FB, aku ni pemalu k, kurang nak reply comment korang sebab nanti bila dah terlebih mesra, lepas tu nanti aku boring lepas tu nanti aku dah tak reply comments nanti haa ade la yg cakap sombong ke apa , aku kena betul2 tau hati budi baru boleh ngam. okay bye.

Comments

  1. gile la ko rajin approve semuaaa
    aku mcm x sanggup je huhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump