21.7.10

Nak yang murah ke yang mahal?

Aku tak suka mekap. Setakat pakai foundation sikit, eyeliner, mascara boleh la. Tapi kalau taruk benda lain, mesti hancus. Blusher ke eyeshadow ke, memang tak pakai. Blusher pakai la jugak KADANG-KADANG bila muka TERLALU pucat. Paling tak boleh, eyeshadow la. Bila dah jadi seseorang yang tak suka bermekap ni, nak beli ala-alat solek tu pun kalau boleh nak beli yang paaaaaling murah.

Sebelum aku taruk any foundation on, aku apply Olay White Radiance Lotion. Ada dua versi, satu yg lotion, satu lagi yg cream. Aku kulit berminyak, so tak boleh pakai yg cream ok. Olay White Radiance ni yg 30ml price dia paling mahal pun RM10.50. 30ml tahan more than 3 months rasanya. Jimat kan?
Untuk foundation, aku guna Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation. Beli pun masa ada sale dkt Watson, RM18.90. Murah lah tu kan dari nak beli M.A.C ke, Bobby Brown ke, etc etc.

Lepas tu aku apply dua benda ni, baru la sampai bab bedak. Kalau dulu, aku pakai bedak J&J je pergi mana-mana. Tapi saja la nak berubah jadi lebih keperempuanan, aku pakai la proper sikit. Aku guna Pure Fresh Oil-Control Pressed Powder. Harga pun lebih kurang RM13.88 (beli time sale lagi). Bagi aku bedak ni works wonders bila dia tak terlalu heavy and muka pun tak nampak cakey bila pakai.

Tadaaa base dah siap, tinggal nak solek mata je kan. Aku guna eyeliner RM9 beli satu free satu maksudnya satu eyeliner tu berharga RM4.50 lah kan. Ni yg versi liquid, kalau versi kohl/pensil aku guna Follow Me, berharga RM6.90. Muraaah kannnn. Alhamdulillah mata takda la bengkak ke diracuni ke apa lagi walaupun barangannya murah-murah aja. Betapa murahnya product ni sampai aku nak tanya abg Google pun dia tak tau!


Dan kemudian lentikkan bulu mata anda tu dgn mascara berharga RM6.90 jugak, boleh beli dkt tesco. Bulu mata panjang apaaaaaa. Resultnya takda la sehebat Magnum Maybelline tu, tapi okay apa utk yg tak suka membazir duit utk mekap-mekap, boleh try yg ini. Brandnya All About Face, made in Thailand. InsyaAllah halal. Tanya abg Google, dia cakap ni brand California -__-


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan, tanpa mekap pun kita boleh cantik sebenarnya, apa yang penting? Ketulusan hati. Aww aw aww!

Okay bye!

No comments:

Post a Comment

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...