24.6.11

Teringat..


Salam Jumaat semua. Tiba-tiba, time tgh bersantai pagi-pagi ni, teringat pulak yang dulu diri ni banyak je idea nak menulis. Rindu Myspace. Nak tau kenapa? Sebab dulu pernah menulis dekat blog Myspace. Something about poverty, siap dgn illustration lagi. I have no idea where did I get all the inspirations. But the post got commented by lots of people (masa tu la). Ni cerita 6 tahun lepas. Maknanya time tu aku baru 16 tahun mcm tu. Otak pun maybe fresh lagi. Online pun dekat cyber cafe je. Haha. Ok tiba-tiba teringat pulak zaman chatting dkt MIRC. Apa entah nick name aku. Tapi aku rasa masa tu, getting to know what internet is ada pros and cons dia. Sebab kerap sangat aku pergi cyber cafe, sampai one day aku rasa malas na
k kunci basikal, lalu basikal aku telah dicuri. Hehe. Padan muka aku. Dating pun dekat cyber cafe. Cerita lama.

Teringin nak jadi seseorang yang sentiasa ada idea menulis. Bukan sebab nak naikkan traffic or nak glamor ke apa, just utk jadikan blog aku something yang berbaloi utk org especially my 44 followers baca. Thanks for following blog tak seberapa ni. Maaflah kalau kadang-kadang blog ni tak habis-habis cerita pasal boyfriend apa semua. I guess that's normal sebab aku ni perempuan, hati ada taman berbunga-bunga. Teringat jugak, dulu-dulu ada jugak blogger-blogger famous yang singgah blog aku. Tapi perangai aku ni, aku suka jadi silent reader. Memang silent ah aku baca, takkan nak bising-bising pulak kan. And maybe sebab tu nuffnang aku tak naik-naik. Haha. Takpe lah.

Lapar lah pulak. Isk. Kebelakangan ni perut aku meragam je pagi-pagi. Asal Subuh je perut ni mula la meragam. Berbunyi. Mcm ada puting beliung dalam perut. Annoying tau. Asal makan je buang. Dulu awal tahun berat aku 57 kg. Sekarang dah jadi 51.3 kg. Haa detail kan. Sebab semalam aku baru check. Aku pun tak percaya boleh susut mcm ni. Aku ingat weight scale tu tipu, sebab aku pernah kena. Berat aku 57 kg, dia boleh cakap 47 kg. Melompat aku terkejut. Dah suka dah, rupa-rupanya kena tipu. Haha. Tapi ok lah berat sekarang. Bersyukur. Janji sihat tubuh badan. Jgn obses sampai kurus keding pulak. Tak sihat tu.

Teringat budak ni; Nor Fara Aqilah.

2 comments:

  1. dulu2 MIRC memang best...hehehehe.. pagi petang nak chating je.. nickname pe dlu aina guna???

    ReplyDelete
  2. haha tak ingat dah nickname ape. mesti yang bukan2. kalau zmn bdk2 selalu ada mcm gurl2 tu.

    ReplyDelete

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...