8.8.09

Betapa saya merindui UiTM Segamat..

Pada penghujung bulan 12 2006, saya telah ditempatkan di Segamat, di mana mak saya kata,"Alah. Johor lagi, tak berkembang la mcm ni", mak saya anak jati Johor. Kita sedia maklum bahawa Segamat memang banjir teruk masa tu, kehadiran saya dan pelajar baru lain disambut baik oleh berbiliion lalat. And mmg time menyanyi lagi UiTM di Hatiku dan Wawasan Setia Pelajar yang memerlukan kami utk menyanyi dgn penuh semangat ala-ala penyanyi soprano, ada la sekor dua lalat yang hinggap. isskk.

Saya teringat perangai saya yang ala-ala cool, konon je la. Nak pergi UNIMART lah, and dengan selendang yang agak pelik, membuatkan saya menjadi antara yang pelik di sana. Hmph, takpa la, budak kecik lagi. Masa tu umur saya baru nak masuk 18thn. Penempatan sementara saya di Zamrud, dan ditempatkan bersama Fara, atau nama sebenarnya Farhana. Kami antara yang riuh dlm MMS, memandangkan kami ni solo, takde kwn yg sama sekolah. Memang sepanjang MMS, we were together.

Then saya ditempatkan di kolej Sempana Alam Buana, erkk pelik kan nama ni? hehe memang alam buana pun sbb ini adalah kolej yang paling jauh , paling hujung sekali. Sgt letih bile tiap kali balik dr uptown berdating dgn dia. Ye lah, credit hours subjek dating pun byk jgk kan. heheee

Apa yang saya rindu? Hmm saya rindu kucing disana. BB, Teratai. Hehe ni antara kucing di SAB, belum termasuk Ujang dan Ujong (bulu ia lebih kurang Ujang walaupun mereka jauh di antara satu sama lain; Ujang di SAB, Ujong pula di Sektor A). BF saya pada mulanya tidak menggemari kucing ni, tiap kali saya nak sentuh ia, mesti dia ckp tak boleh. Terpaksa la saya curi-curi pandang and bila dia masuk UNIMART, baru lah saya dpt sentuh. Tapi BF saya ni faham agaknya dan dia akan cakap,"Baby, kau pegang kucing ea tadi?Pergi basuh tgn", errrr ye lah, okayy. Tapi sekarang, bila nampak kucing, dia akan suruh saya bermain pulak dgn kucing tu. Haha. Mesti lah saya suka kan. Ada jgk yg menegur dia,"Waah akey, dulu kau tendang2 je kucing semua." HAHA. (tersenyum dalam hati)

Makanan? Oh saya breakfast di Dewan Makan Sri Selasih. Selalunya saya akan makan nasi goreng kicap, satu sosej dan teh o ais. Hehe alhamdulillah, kenyang jgk, tapi tu lah, RM4 sehari, sgt tak cukup sebab breakfast saja dah RM2. After class at 10am, saya akan ke cafe admin, kadang-kadang makan, kadang-kadang minum sahaja. Saja melepak situ, kan ramai orang ulang-alik situ, termasuk mak guard yang selalu memerhati kod etika pemakaian student. Saya pernah terkena sekali, haha bukan sekali, ada lah 2 3 kali. Tapi terlepas mungkin kerana muka saya agak naive, dan BF dah banyak kali memarahi saya. Bukan la kesalahan yang serius, saya pernah memakai jeans pada hari Jumaat, masa tu jam 4pm, saya mahu balik ke Ipoh, sgt leceh kalau nak bertukar pakaian di Terminal. Takpe lah, saya terima ja, mmg salah saya.

Apa yang best tentang UiTM Segamat? Hmm ia memang agak ulu, tapi entertainment so far okay laa kan. Ada karaoke, fast food at least ada McDelivery walaupun until pukul 6 ptg shj. And pizza hut, selalu menjadi port utk student or lecturer celebrate sesuatu, berbuka puasa and dating ;) . Oh Pumpkin, yang selalu ada lunch set, murah jgk, dan favourite saya di situ, adalah Nasi Beriyani. Kalau nasi beriyani gam, saya suka makan di maple dkt dgn Billion tu. And ada jgk Bowling Centre, walapun lane itu mungkin wood, tapi okay la dari takde.



:: Kesimpulannya, saya sgt rindu UiTM Segamat, terutama Prof. Kamil yang sgt baik hati ::

No comments:

Post a Comment

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...