cotton dan terompah

Terniat di hati utk menulis entri ini ketika saya ke surau untuk berwuduk. Saya yang memakai baju kurung cotton dan terompah berwarna ke'oren'an milik kak zah(tertera di terompah tersebut) terasa seperti berada pada tahun 70an, atau mungkin 60an, atau apa-apa je lah yang pasti saya terasa seperti org lama (padahal umur baru mencecah 20 pd 18Feb yang lalu).
Saya selesa dgn pemakaian baju kurung cotton saya, sejuk dan berbunga-bunga biru dan berdaun hijau berjenama kain cap nagoya made in japan. sgt indah dipandang apatah lagi si pemiliknya juga tidak kurang indah utk diperhati. Hmpph terompah itu? Utk mengelakkan flat nose saya dibasahi air walaupun flatties itu sudah nampak agak buruk (mak, kakak tak jumpa kasut baru yang berkenan di hati dan di poket)
Wishlists:
  • flatties baru, utk menggantikan flatties lama yang rasanya akan menyebabkan ramai org menitis air mata
  • 2 pasang kain cotton belum di'tailor'. So, "Makcik, saya nak baju kurung ni siap raya nanti yek"

:: Aina nampaknya makin berminat dgn pemakaian baju kurung. Apakah beliau akan memakainya ke mall atau menonton wayang? ::

Comments

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump