1.9.09

Makin malas pulak nak blogging

Wahaha. Padahal setiap malam, atau setiap pagi mesti berangan-angan nak update. Konon ada je crita, tapi bila nak taip, haiyooo letihhh. Dari Jumaat hari tu, nak update pasal kasut baru, pastu balik kg, cerita kat kg, berbuka puasa di kg. Celebrate bday nurul.

Okayy laah, alang-alang dah menaip ni kan, jom la bercerita. Jumaat hari tu, pergi novel hut, sebab my makjang ni suruh beli novel die yang hilang, hehe tapi novel tu takda, so, tak dpt novel, kasut kuning pun jadi la. haha RM30++ ja, murah kan. Tu lah my everyday shoes sekarang, pakai sampai koyak [tu moto saya, erkk moto?]. Woahh. Tak bestnya, penat tauuu. Dah la dua hari sebelum tu langgar montot kereta org, aiyokk. Then masa balik dr shop, baru perasan bumper kete da loose ;'( sorry abah. [ dan saya tak boleh bwk kete lagi buat masa ni, *sobsob* ]

Ohh ohh malam tu jugak, saya bertolak ke kg di seberang perai. Awal-awal lagi dah pasang niat nak pergi Queensbay Mall, nak cari jeans, washed bootcuts, tapi hampa, takda. Waah masa ni saya merungut kenapa pendek sgt ni, yg berkenan di hati semua utk org tinggi. Takpa, pendek tu comel jgk kadang-kadang *sedapkan hati*. 4jam round situ, dapat sehelai tshirt and hair band from forever21. Takpa la, boleh pakai pi berbuka puasa dgn, err, heeee. ;) Haha *ada bau rahsia tak*. Hehe beli tshirt utk bdk-bdk tu, ada la 5 helai. Beli murah cukup, dorg cepat membesar, nanti tak muat.

30hb, oh ni la birthday nurul. Yang ke-14. Sebelum bday lagi dah dpt hadiah, rebonding, WAHAHA. Suka la kan rambut dah lurus, guna jari pun bolehh. Celebrate dgn berbuka puasa ja, mak beli kfc, makjang masak beriyani, makteh pun mai bwk kuih seri muka, maksu pun mai bwk diri. Haha kidiing, bwk kuih jgk. Bukak puasa kan, ni la juadah yg sepatutnya. Woahh kami semua 18org termasuk Tok, memang kenyang sgt-sgt. Syukuurr. Malam tu pi pantai, konon-konon nak tgk bunga api dkt R&R tepi pantai, wahaha. Ramai gilaaa. Rempits pun ramai. Yg naik kereta parking tepi-tepi jalan. Road block pun byk. Haha. Last-last takda bunga api pun, bunyi mcm kentut ja, bunga api kecik. Hampeh betul. Tgh ngantuk masa tu dipaksa pergi kan. Hmpph. Minum kat gerai, mkn bihun sup, perati orang. [time tu dah pukul 1230am dah]. Oh kami pergi ber-6 ja, saya, abg, adik, dan 3 sepupu kemetot.

31hb, yayyy merdeka! Saya bangn lambat. Selalunya tido kat bilik bawah, tapi nak tido atas pulak sebab tak nak dgr tok berleter, nanti dia suruh tutup kipas kalau bangkit lambat. Hangat hangat, mana boleh thn. Oh Tok Nah sebelah rumah meninggal, innalillah. Saya pun da lama tak nampak dia, tup tup dah pergi, hanya mampu doakan je la, saya tak pi ziarah pun, tapi mak pergi lah. Hmm kematian bukan boleh dijangka-jangka, bila-bila pun maut menanti. Saya balik Ipoh mlm ni, yay maksu ajak pi carrefour. Bkn best sgt, tapi boring sgt dok rumah. Internet dah bdk-bdk tu conquer, saya buat taik mata je la dlm bilik, mengerohhh. Mak ikut pi carrefour. beli la brg makanan sikit, makjang hari ni buat mi kuah. Abah dah beli udang yang byk utk kami, yippieeee. Oh nampak mcm makjang chef kan, yep yep, pakjang cerewet, kena makan air tgn bini dia, so kami pun kena la jgk makan air tgn bini dia. Sodapp wehh. Beli cendol maklom, pulut udang. terliur nihhhh.
Haha malam main bunga api lagi, dgr crita Aliff yang mau bela lembu [umo baru 6thn tp sudah cita-cita tinggi, kau?], tapi igt baru nak sponsor rupanya niat lain nak ponteng class fardhu ain. Wahahaha abes semua jerit, "CAnceeellll lah mcm ni". Padan muka hang, simpan ja la niat tu dlm hati dulu. Haha. Balik ipoh pukul 1030mlm, sampai dalam 12.42am. sebab berenti 15min dkt R&R Gng. Semanggol makan nasi lemak. Heeeeeee
[hambik kau entry pjg2, td malas menaip sgt,
ni awat rajin??]

No comments:

Post a Comment

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...