9.2.10

Opera Klasik & RadiusOne

Familiar tak dgn title aku? Okay, kalau korang ni jenis menonton drama Meleis (gaya Obe sikit), korang akan tahu la. Okay, Opera Klasik ni diterajui oleh Rashid Sibir dan Radiusone ni oleh Shahrulezad. Bagi aku, dua pengarah ni memang menonjolkan dua genre drama yang berbeza. Kalau nak tahu cerita tu cerita Rashbir, kau tgk je pelakon dia. Selalunya ada Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Vanidah Imran, Amyza Adnan, Nasir Bilal Khan,Azizah Mahzan. Kalau dulu-dulu dia selalu ambil Rosyam Nor, Nasha Aziz, Erma Fatima. Ingat tak Laila Isabella? Tapi sekarang pun Rosyam Nor dgn Erma Fatima dah ada dorang punya own production. Maybe sebab ada influence sikit, kita boleh tgk antara drama Rashbir & Rosyam Nor ada similarities, especially dari jalan cerita and latar belakang lagu. Kalau drama 2 jam Rashbir, memang lah tak sah kalau tak menangis. Pondok Buruk, Rumah Tengah Sawah. Time nak raya memang kau tak sabar nak tunggu what's new from Rashbir. Jalan cerita hampir sama, tapi hairan kenapa aku menangis jugak kadang-kadang. Maybe sgt-sgt memberi keinsafan. Kalau kau tgk, memang kau mintak simpang tak nak jadi anak yang tak mengenang budi, or maybe kau menangis sebab dosa dgn mak abah aku banyak. Yang aku tahu, memang senang untuk aku teka drama siapa, macam "Haa kakak tahu ni mesti Rashbir kan"

Okay, bila Shahrulezad punya cerita pulak, mesti ada Wan Sharmila (dia ni wajib ada aku rasa coz dia ex-wife Shahrulezad), Sharifah Amani, Isma Yusof, Bront Palarae. Apa yang best Shahrulezad ni, dia memperkenalkan pelakon baru, macam dlm cerita Tari Tirana tu, Shahz Jazle, Ammar Alfian Aziz. Tapi aku suka Emil Emilda, gantingan Aaron Aziz and Sharifah Amani, awww, romantik tau. Tapi sorry to say, for 2hours drama, Shahrulezad failed. Macam drama "Antara Garisan", jalan cerita quite okay, tapi aku mcm berfikir, kenapa Ustaz tu sgt lemah, I mean, sgt-sgt. Okay, aku percaya memang manusia ni lemah, but why he can't even think? Duduk serumah dgn Ayu? Ohoi, kau ni, pergi lah letak Ayu tu kat rumah orang perempuan.



ps: Hidup menganggur ni memang buat aku duduk rumah goyang kaki tgk tv je, bosan!

1 Comments:

Anonymous beyta said...

wah cerita antara garisan aku tak pernah dengar... akan download... thanks for the review... aku kurang ckit tengok tifi ni.. so tak taw banyak pasal cerita2 yg best.... len kali buat r banyak review camni... ti aku download...

-Beyta-

February 16, 2010 at 6:10 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home