Tips nak jadi girlfriend.

1. Ambil tahu perihal boyfriend tu.
Maksud perihal ni mcm kau ambil tahu la perangai dia, habit dia, likes and dislikes dia. Kalau bf kau hot-tempered, kau jadi la yang cool. Takkan kau nak jadi hot jugak, nanti minyak simbah kat api jadi apa? Besau kan? Kau ambil tahu ape favorite dia, apa dia suka buat, ape dia suka makan. Alaa, semua benda tu kalau kau tak tanya pun kau boleh tahu, selalu pergi dating takkan tak perasan kan?

2. Sabar
Yang ni penting. Sangat penting. Kalau kau nak r/ship berjaya, buat benda ni. InsyaAllah. Kau sabar dgn dia, dia pun sabar la dgn kau. Kita perempuan ni pun bukan la sweet sangat, annoying pun ada jugak. Macam aku ni, kdg-kdg mengada-ngada, lepas tu merajuk tak tentu pasal, kau ingat laki suka ke? No way. Tapi tu lah kan, kau sabar dgn karenah dia, dia pun akan sabar dgn karenah annoying kau tu.

3. Jangan jadi pembohong.
Jangan tak mengaku weh, aku pun pernah jugak. Tapi boyfriend aku maafkan, sebab ape, dia sayang aku and sabar dgn aku. Once boyf kau dpt tahu nanti, dari dia percaya kau 99.9999%, boleh merudum jatuh nombor tu jadi 0.009999% tauuu. Lepas tu pandai-pandai la kau nak bagi dia percaya kau balik. Payah weh. Alhamdulillah, aku dah okay, thanks bf sebab bagi aku peluang. I syg u lebey lahh.

4. Jangan nak suruh boyf ikut kehendak kau je.
Aku faham kita perempuan ni nak mcm-mcm, nak teddy la, nak bunga ros doblas kuntum, tak dpt nanti kau mula la sebek. Jangan mcm tu, boyf kau nanti buat muka menyampah dgn kau. Lagi-lagi kalau boyf kau tgh study, jgn la nak bebankan dia. Share-share la bila klua makan tu, tak salah pun. Takda istilah gentleman ke tak gentleman dlm r/ship ni,(bg aku la kan), kau dah kahwin esok pun kena share semua expenses kan, letih la boyf kau kalau semua dia byr. Kau hulur la jugak sikit-sikit. Nanti bebila boyf kau ade duit lebih, dia belanja la 'baby' dia.

5. Jangan cari pasal bila dia tgh amok, tgh letih.
Kau memang saje cari nahas kalau buat mcm tu. Dia tgh letih, lepas tu kau tanya dia "Siapa perempuan kat facebook you tu? Mcm nak flirt dgn you je". Nahhh silap-silap kau dapat anak oink oink sekor. Orang tu tgh letih, jgn la kacau. Kot ye pun nak kacau, bagi la hati dia sejuk, ape daa.

6. Ada sense of humor.
Lelaki memang suka perempuan yang ada sense of humor ni. Bukan kelakar yang karut-karut kau gelak sorang-sorang. Selalu orang yang buat kelakar ni, bila dia ckp, dia tak gelak, oarang lain yang berdekah-dekah. Ambil je lah contoh Johan dgn Zizan tu, spontaneous je kan. Kau jgn buat lawak mengutuk orang. Tak best.

7. Kurangkan mengumpat dgn boyf.
Kau nak mengumpat, jangan dgn boyf, pergi cari gossip girl korang. Sometimes je laki boleh dgr, selebihnya dorang akan "So?", danggg, padan muka kau boyf kau tak nak ambil tahu. So stop la eh. Aku pun nak stop mengumpat dgn boyf aku wpun kadang-kadang dia mula dulu. Bahahaha. Tak lahh, dah teruk sgt memang akan terkeluar la umpatan-umpatan tu. Jangan main gila eh, lelaki mengumpat lagi berbisa, kau tak boleh lawan. Baik diam.

8. Percaya.
Percaya boyf kau nescaya hati kau akan tenang. Betul. Kau takkan terfikir yang bukan-bukan. Kalau kau fikir bukan-bukan, mula la hati kau meradang, lepas tu nak nangis-nagis. Duhhh ni aku la ni. Tapi aku tgh reconstructing hati aku ni. Percaya lah weh. Boyf kau takkan larat nak layan 2 3 perempuan punya karenah.







To boyfriend-boyfriend orang; kau jaga la hati gf kau. Perempuan ni bila dah syg sgt, tu yang emosi mcm-mcm. Kau kena buat dia feel secure and rasa yang there's only her in your heart. Bye!

Comments

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump