Apa pun tak boleh...

Kadang-kadang kita rasa macam cinta yang kita capai hari ni, adalah cinta sampai mati. Bohong lah kalau aku tak rasa macam tu utk ex-bf aku. Masa tu semuanya sweet moment. Dan aku masih lagi seorang perempuan yang sangat menunduk pada cinta. This is not good, people. Aku adalah seorang perempuan yang obedient. Kalau aku jadi isteri orang, memang isteri yang mithali lah. Serius. Aku lebih selesa utk mengikut arahan, dari memberi arahan. Memang jenis aku ni perlukan seorang lelaki yang lebih berperwatakan seorang "leader". Aku jugak adalah seorang yang mudah memaafkan, mudah lembut hati. Tapi orang macam aku ni, susah melupakan ya. Nampak mcm bodoh, tapi aku berfikir jugak. Nampak mcm bingai, tapi aku masih bukan tunggul, aku ada hati, aku ada perasaan, aku ada otak utk berfikir setiap tindak-tanduk kau tu. Kalau satu hari Allah nak tunjuk penipuan kau, Allah akan tunjuk.

Tapi aku masih sayang kau. Walau apa pun kau buat sepanjang kita kenal, kau tgk, aku masih terima kau.

Comments

  1. bestnya bercinta dengan orang mithali.

    ReplyDelete
  2. kau memang gadis hebat aina...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump