Tension sangat bila tiba-tiba account hotmail kena freeze sebab kononnya bagi banyak email spam. Dah jadi satu hal pulak nak reset email tu balik. Dah lah alternate email adalah email yang bertahun tak bukak. Password pun dah lupa tahu tak.

"Email: greenwall_gojes@yahoo.co.uk"

Argh. 6 tahun dulu feeling-feeling nak gorgeous lah KONON. Dah lah email address ni ada influence dgn email ex-boyfriend dulu. Nak sehati-sejiwa lah ye? Dah lama mampus cinta tu Aina oi.

Okay fine lah kan, nak verify Hotmail, kena terjah inbox Yahoo ni dulu. So nak log-in, confirm lah invalid password, sebab dah lupa kan. Tekan lah "Forgot my password" tu, lepas tu keluar lah soalan cepu emas tu. Untuk verify yang kita ni betul-betul owner.

Question 1: "Where did you spend your honeymoon?"

Aku macam... "Haaa?"

Argh. Umur belasan tahun masa create email ni. Honeymoon pun aku tak tahu agaknya.

At last, aku give-up. Aku cuba godek-godek balik Hotmail. Haa. Ada pun. So just isi few fields, tentang account Hotmail kita tu, then yeay I've got my inbox back.

Jadi, untuk kes mcm ni, aku ada tips sikit.

Tips utk email yang tak memeningkan.

  • Username email tu lagi mudah & formal kalau guna nama sendiri. Contoh: abu.ali@yahoo.com. Bila guna email mcm ni, confirm org senang ingat, dan receiver pun takda lah tertanya-tanya siapa ni, email apa, spam ke apa.
  • Password pulak guna lah password yang sama dgn account Facebook, Twitter korang. Senang. Takdalah nak ingat sampai berpuluh-puluh password. Kita ni manusia, bukan robot.
  • Jgn buka email yang ada unsur-unsur spam. Kelak nanti akan jadi mcm aku, account kena freeze, kena verify, dalam tempoh malas-rajin nak verify tu, dah banyak email penting tak baca & terlepas. So, berhati-hati eh.
  • Cuci la inbox tu sikit. Serabut dah sampai puluh-puluh ribu message. Semua notification dari Facebook & Twitter. Pergi dekat Facebook, check bahagian "Don't send me email"
  • Lagi ok kalau ada email khas utk Facebook or berlibur, which means kalau rasa nak subscribe apa-apa ke, guna email tu. Kalau utk hantar resume, assignments, guna email yang lain. So tak bercampur-aduk. Hidup pun senang nanti. Username tu biarlah sama ok. Contohnya, tadi abu.ali@yahoo.com kan, buat la jugak abu.ali@hotmail.com / abu.ali@gmail.com . Khususkan kegunaan satu-satu email tu.

OK.


Comments

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump