Skip to main content
Semua orang ada impian perkahwinan. Bila tgk video wedding yang ala-ala fairy tale yang mesti kena ada lagu Taylor Swift tu, mesti rasa macam, "Awwhhh aku nak wedding macam ni". Tak pun mesti kata "Awwhh sweetnya dorang". Kadang-kadang over sangat sampai diri sendiri termenangis jugak masa tu sebab moments tu sangat sweet & indah. Tapi bila fikir balik, budget utk perkahwinan seindah itu, bagi yang betul-betul mampu, takpa lah. Tapi bagi yang suka bersederhana, walau dalam apa jua keadaan sekali pun majlis itu, apa yang penting adalah kebahagiaan yang dirasai oleh insan-insan tersayang. Biarlah majlis kecil, tapi kedua belah keluarga gembira, sanak saudara mendoakan keberkatan majlis. Ada terbaca, yang ucapan-ucapan seperti "Semoga bahagia hingga ke akhir hayat" dan "Semoga sampai ke anak cucu" tak digalakkan diucapkan untuk pengantin baru. Ye lah. Takkan lah lepas hayat, habis dah kebahagiaan? Takkan lah sampai ke anak cucu je kegembiraan tu. Jadi seelok-eloknya, ucapkan lah "Semoga perkahwinan kalian mendapat berkat dariNya". Itu lagi afdal.

Kebelakangan ni, kerap sangat dah menonton sinetron Ketika Cinta Bertasbih. Rancangan religi yang paling menarik minat aku. Bukan apa, kadang-kadang terpaksa admit, yang rancangan seberang tu, acting aktornya lagi ikhlas donk. Apabila mereka hendak membikin sinetron berunsur religi, aktor-aktor yang dipilih juga bukan calang-calang. Bukan sekadar menghafal ayat-ayat Quran dan diterjemahkan semula, tapi benar-benar memahami isi tersebut. Ini pandangan peribadi. Apa yang dilihat di kaca televisyen, dapat dirasai di dalam hati. Bukan tidak mengagumi karya karyawan Malaysia, tapi pemilihan aktor itu harus lah tepat dan sejajar dgn jalan cerita. Bukan hentam keromo saja diambil sesiapa pun yang disangka ada persis seorang ustaz atau ustazah diambil berlakon. Ilmu itu harus ada.

Dan, disebabkan penangan cerita itu, wujud keinginan dalam hati utk segera menikah. Banyak membaca tentang hukum-hukum nikah. Termasuk nikah gantung. Apakah salah nikah gantung itu? Ianya hanya kelihatan aneh di mata masyarakat. Di sisi Allah, jika akad & nikah itu memenuhi syarat, maka pasangan itu sah sebagai suami isteri. Cuma masyarakat kita ini yang memandang serong. Sikit-sikit kalau nikah gantung tu, sebab terlanjur. Atau parents yang halang, kata mereka "Dah gatai sangat ka?"

Perkahwinan itu digalakkan, dan menjadi sunnah. Itu adalah salah satu jalan untuk mencari keredhaan Allah, dan aku dalam usaha menuju ke jalan itu. InsyaAllah. Amin.

Comments

  1. sama ! kita pn suka la tgk Ketika Cinta Bertasbih. Sangat menusuk kalbu ohh.

    ReplyDelete
  2. This is beautifully written. I second you about that fact. May God bless you and your way InshaAllah :)

    ReplyDelete
  3. elle: hehe kan. suka sgt tgk. indah je rasa. :)

    ren razali: thanks, InsyaAllah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Hello and Assalamualaikum semua org. First sekali, cerita yg akan aku sampaikan nanti ni adalah cerita benar dimana aku sendiri dah experience benda ni dalam bulan March baru-baru ni. Macam bukak pekung sendiri, rasa malu pun ada, tapi sebagai pengajaran utk yg lain la kan supaya tak terjebak jugak.
Al-kisahnya, aku ni bekas student TESL UiTM, tapi awal tahun ni, I've decided to quit studying. Sebab? Asyik repeat literature,so takut tak boleh bawak, aku quit. Quit dgn harapan nak sambung study, tapi course lain lah kan. Dalam masa nak sambung study balik,ada banyak masa sebelum intake baru, let's say new intake in July/Sept, ada 5-8months free time. So baik kerja kan?
Pergi interview sana sini, lepas tu mintak tolong Angah dptkan kerja kat AIA. Company insurance. Alhamdulillah company ni telus. Bagi basic dlm RM1500++ mcm tu, ok la utk diploma mcm aku. Baru nak start kerja betul-betul kan. Tapi tau la kan, kerja sales, utk budak yg tau komputer ni je, nak menjual-jual memang …

Review: Snow Bear Breast Pump

Hai korang. Haha dah lepas dkt 3 bulan jadi ibu baru la nak review breast pump ni. Org lain sibuk nak Medela FS, aku cukup la dgn guna Snow Bear ni. Yang penting nawaitu nak susukan anak tu ada dan kena yakin susu tu ada. So far alhamdulillah, seronok sangat pasal pump ni. Sebabnya tak sakit langsung during suction. SB ni ada 3 mode; express, natural & gentle. Aku biasanya guna natural, sebab natural mimik baby sikit. Melimpah-limpah kalau pump masa miss b tgh penuh. In less than 10 minutes pun dah boleh penuh satu botol 5oz tu. 
However, the trickiest part of this breast pump is the valve. Kena make sure valve tu dimasukkan betul-betul. Sebab I've read some comments from other review yg pump ni cannot suck the nipples, tak pun suction tak kuat walaupun dah highest level of suction. It happened to me, and mase tu stress gila tak dapat nak pump. ingatkan dah rosak ke apa, then adjust sana-sini, terus ok. 
And the best is, it can be operated by battery mode. Bunyi SB ni takda …
Dear Bakal Suamiku,

Terlalu banyak mimpi kita,
Terlalu banyak impian kita.

Tapi sebanyak itu juga la halangan yang menimpa kita,
Dari orang ke-3, keluarga dan jugak keadaan sekeliling.

Alhamdulillah, 8 bulan berjaya jugak kita tempuh.
Kasih tak pernah pudar, semakin hari semakin aku menanam impian menjadi yang halal bagimu.


Sayang akan cuba untuk sentiasa bersama abang walau dalam apa jua keadaan sekali pun. You will always have me.