Susah gila tahu tak nak cari duit. Senang gila tahu tak nak habiskan duit. Argh. Tekanan pulak aku. Bila bercakap soal ni, memang aku buntu. Bukan apa, kalau mak abah aku kaya, tak apa. Ni kami pun hidup sederhana je, bukan nak bermewah bagai.

Macam ni kalau nak berjimat. Malam-malam toksah lah nak pergi melepak yg bukan-bukan dgn member. Lepas tu KURANGKAN MEROKOK. Dan yg paling penting kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yang ada. Bila ada rasa tak bersyukur tu, mula lah rasa nak semua benda. Bila tak dapat, jadi tension. Padahal tension tu kita yang cipta sendiri. Benda semua boleh bersyukur. Awak ada MyVi, bersyukurlah sekurang-kurangnya boleh memiliki kereta, yang tak mampu tu? Awak takda iPhone4, bersyukurlah dgn hp yg awak ada sekarang ni, jimat byk tau tak. Takda baju raya? Hari raya bukan untuk bermegah-megah dgn baju-baju baru. Baju awak dlm almari tu pun tak terpakai saya tengok. Banyak Baju Melayu awak yang cantik-cantik.

Abang, kadang-kadang bukan apa yang kita nak tu akan dapat je, sayang faham kalau dulu maybe abang ada someone yg selalu hadiahkan abg dgn itu ini, tapi where did she get those money she earned? Ingat tu.

Dan sayang sentiasa menghargai pemberian abg utk sayang. Bukan niat sayang utk memberi alasan, tapi utk hidup dgn abang kelak, ada peranan yang perlu sayang pikul. Bukan sekadar menurut semata-mata. I know. Duit abang, duit sayang jugak. Duit sayang, duit abang jugak. Sebab tu sayang menitik beratkan kemana duit tu pergi. Kalau kita ada duit beribu-ribu, takkan nak membazir utk gadget yang seronok sekejap je, abang pun tau abang cepat bosan dgn benda-benda mcm ni.

Abang, ingatlah, rezeki tu dtg dari Allah, mintak lah dariNya. Allah itu Maha Pemurah. InsyaAllah akan ada rezeki untuk kita. Betulkan niat. Bila sampai saat itu, apa saja yang abang nak, mungkin akan dapat, malah tak mustahil lebih dari tu. Banyakkan rasa bersyukur cinta ku. Hanya masa yang akan menentukan nanti. I love you.

Comments

  1. Syukuri la apa yg ada.. Dh ditakdirkn dpt pompuan cm aina ni pon ptt brsyukur.. Cukp indah alam ini ya ALLAH

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. Cik Anonymous, awk tak kenal sy lagi. Sekadar menilai sy melalui tulisan belum boleh utk kata yg org patut bersyukur dgn kewujudan sy. Apa pun terima kasih ya.

    ReplyDelete
  3. Dgn tulisan kita leh tahu sejujur nye seseorg itu dr kata2 yg keluar dr mulut .. Kata2 kuar dr mulut byk sgt menipu.. :-) kenal ke x tu lain cerita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump