Hmm..aku tak tau sejak bila amarah aku makin membuak-buak. Betul org kata, diri kita adalah pengalaman kita. Makin banyak pengalaman kita, makin banyak kita belajar, makin banyak kita rasa, makin banyak perkara yg kita tau atasi. Tapi bagi aku, ada satu perkara yg aku tak boleh handle, iaitu emosi. Cepat sangat emosi ni mempengaruhi aku. Pantang jadi apa-apa, mula nak melenting, mula nak menangis, mula nak cakap/fikir bukan-bukan. Serius, aku dah jadi Aina yg lain. Bukan Aina yg dulu yg senang percaya orang.
Sekarang, semua benda kalau cari pasal dgn aku, aku nak mengamuk. Kalau time drive lagi lah, jgn lah ada org nak mencucuk-cucuk or bagi high beam, memang aku kejar balik. Punya bahaya sampai mcm tu sekali emosi aku main peranan. Kalau gaduh pun, mula aku nak tekan minyak kuat-kuat.
Haih. Tapi saat aku menulis ni, tiba-tiba ada anjing lalu. Aku tak tau kenapa, aku tgk binatang, mcm kucing/anjing, hati aku seronok, even kalau aku nampak babies, sejuk balik hati aku. Sebab tu kalau boleh, kalau hati aku tak tenteram, aku nak Kiki dgn aku. How I miss that spoil brat cat. Seriously. Aku jadi tenang bila dgn Kiki. Pernah aku persoal, boleh tak nak usung je Kiki ke mana-mana je? Or boleh tak kalau kat mana-mana aku pergi pun ada kucing yg boleh aku belai?
Aku harap aku boleh control semua ni. Aku nak jadi Aina yg bukan pasif gila, tapi aku nak jadi seseorang yg disenangi org. Kat office pun aku kemain menyombong lagi. Padahal aku tau aku boleh jadi peramah, cuma not at this moment utk aku bergurau senda dgn dorang.
Ye, saat ni aku harap jgn ada yg cari pasal.
No comments:
Post a Comment