Ya Allah. Rasa tak percaya baby dlm perut ni dah berusia 35 minggu. Lebih kurang 5 minggu je lagi sebelum due date. Tadi baru lepas set appointment untuk first check-up dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sebelum ni decide nak beranak dekat Hospital Bersalin Razif, tapi jalan nak ke sana, adoi, merunsingkan. Service pun nampak mcm biasa je walaupun private. Lebih baik ke hospital kerajaan. Sah-sah free sebab husband kerja kerajaan kan.
So far, sangat-sangat puas hati dgn servis hospital/klinik kerajaan. Maklumlah diri sendiri ni pun lahir kat hospital kerajaan jugak. Walaupun ramai mengadu lambat, nurse garang, tapi alhamdulillah, saya tak jumpa lagi nurse garang yang suka marah-marah ke apa. Kalau marah pun maybe utk kebaikan kita and baby. Bab masa tu memang tak dinafikan, tapi rasanya biasa lah kan, orang ramai, mana cukup tangan. tapi check-up yang detail memang sgt puas hati sebab kalau di klinik swasta, check-up ala kadar je, setakat check urine and blood pressure. Takda pun check hemoglobin, MGTT and ATT. Maybe ada tapi tempoh checkup dgn klinik private sangat sekejap, so tak rasa la semua tu kan.
Bila pindah dok Meru, decide utk continue monthly check-up dekat Klinik Kesihatan Meru (KK Meru) sebab sangat dekat dengan rumah. Selalunya seawal 7:30 dah datang sebab nak no awal, boleh habis awal. Selalunya dlm 2jam / 2 jam 1/2 dah settle. Ok la. Tak ada isu pun bagi saya hal-hal masa ni. Kita yg decide nak kat sini, so kena tanggung la kan. And disebabkan ada asthma, once in a month kena jumpa pakar.
Husband memang jarang teman, sebab tak nak menyusahkan. Lagipun selesa pergi sendiri. Hehe
No comments:
Post a Comment