4.7.13

Surat untuk anak #1


Assalamualaikum anakku, rasanya ini kali pertama ibu menulis surat utk mu. Pada saat ini, sudah 8 bulan ibu mengusung awak ke sana-sini. Perut ibu makin membesar dan pergerakan awak makin ibu rasakan setiap hari. Indahnya perasaan itu. Setiap kali awak bergerak, ibu tersenyum. Kadang-kadang ibu menjerit memanggil ayah supaya dia turut sama melihat aksi awak. Ibu tak pasti awak menendang, menyiku atau menumbuk perut ibu. Ambillah peluang ini, sebab lepas awak lahir, ayah pasti takkan izinkan semua tu berlaku ke atas ibu lagi. J
Anakku, ibu nak awak membesar dgn sihat dan sempurna. Ibu harap awak bahagia dlm ruang perut ibu yg sempit dan serba kekurangan. Tapi Allah Maha Mengetahui, Dia lebih tahu keadaan awak dan ibu hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat. Bila ibu terasa sakit, ibu takut awak nak keluar dah. Sabar syg, tunggu sekurang-kurangnya 5 minggu lagi ok. Masa tu awak dah cukup matang. Tapi tidaklah ibu menidakkan takdir yg dah tertulis utk kita. Kalau ditakdirkan awak keluar awal, ibu dan ayah sentiasa bersedia.
Kelengkapan awak sudah ibu sediakan dlm kereta sejak awak berusia 7 bulan dlm kandungan ibu lagi. Ada juga saat-saat awak tido lama sgt, sampai ibu tak dapat mengira pergerakan awak dan memaksa ibu utk pergi ke hospital. Pengalaman dlm wad bersalin sgt indah. Ibu mendengar suara bayi-bayi menangis yg baru dilahirkan. Tak lama lagi ibu dapat dengar tangisan anak ibu. Tak sabar rasanya ibu dan ayah utk menyambut kehadiran awak. Minggu depan kami akan beli katil utk awak. InsyaAllah syg, ibu dan ayah takkan buat awak rasa kekurangan.
Harapan ibu dan ayah, supaya awak menjadi hamba Allah yg mendengar perintahNya, anak yg baik terhadap ibu bapanya, terhadap orang lain dan juga terhadap makhluk dan ciptaan Allah yg lain. Doakan ibu dan ayah utk akhirat nanti. Kita akan bersama selamanya di syurga. Ibu harap apa-apa yg jadi antara ayah dan ibu selama awak di dalam kandungan ibu, tidak memberi kesan kepada awak. Ambillah yg baik-baik saja ya syg.


Salam sayang dari Ibumu.

My precious.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya Muhammad Fitri dari liquidthread. Saya ingin mengajak puan untuk menyertai campaign 'Letteforthefuture'.
    Kami rasa artikel puan ini sangat sesuai untuk menyertai campaign kami.
    Akak boleh click dekat link ini untuk maklumat lebih lanjut http://lettersforthefuture.meltwaterrise.com atau puan boleh bagi contact details seperti email puan untuk saya terangkan lebih lanjut.

    ReplyDelete

BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...