Kuatkan hati ku

Hari ni, pagi tadi, bukanlah permulaan yang baik untuk hari aku. Sedang aku sibuk di dapur, menuang bubur utk bekalan Qimi ke rumah asuhan, si ayah menjerit sebab pampers Qimi dah penuh. Membuang pulak dia pagi-pagi ni. Takpa. Ibu mandikan terus ye sebelum ibu ayah pergi keja. Masuk tandas, tgk mangkuk tandas terbukak. Ayahnya lupa nak tutup.
 
Aku pun cakap la,"Abg, lain kali tutup mangkuk tandas ni."
 
"Kenapa?"
 
"Takda apa, tutup je la k."
 
Entah kenapa ayah dia meradang. Dikatanya aku banyak cakap. Aku ni bukan jenis yang akan diam bila tetiba kena marah tanpa sebab. Aku cakap balik,"Abg kenapa? Syg just suruh abg tutup mangkuk tandas je, kenapa yang sampai nak marah-marah mcm ni?"
 
Entah lah.
 
Kejadian seterusnya tak mampu aku cerita. Depan anak. Depan nenek. Depan ayah mertua.
 
Yang paling terkilan, depan anak.
 
Anak yang tak mengerti apa-apa. Yang ingat ibu dan ayah tgh bergurau. Kadang-kadang mengekek si anak tgk ayah yang tgh menyinga.
 
Ya Allah....
 
Sesungguhnya Allah takkan uji hambaNya yang tidak mampu diuji.
 
Takde org lain yang boleh faham aku. Org just mintak aku bersabar or cakap 'sudahlah' seperti aku punca segalanya.


 
"Ya Allah Ya Tuhanku..Jadikanlah anakku seorang anak yang baik, seorang anak yang lembut hatinya, seorang anak yang hormatkan org tuanya, seorang anak yang sentiasa berbelas kasihan sesama manusia dan seorang anak yang kuat imannya. Amin Ya Rabbalalamin."

Comments

  1. Biasa la tu.. Mood di kurang baik pagi tu atau xcukop tido.. Sabo je k.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tipah tertipu.. (kisah mangsa scammed company)

Review: Snow Bear Breast Pump