2.11.09

Entri ni paling sedih

Kucing ke-empat. Nama "adik". Nazak. Sekarang pukul 1.10am. Tapi ia menangis, menjerit mintak nyawa. Sedih. Sebab ia kucing yang suka sembang dan pandang mata saya. Bila saya panggil, ia mesti menyahut. Kalau saya luah perasaan, mata ia berkedip mcm ia paham apa saya cakap. Now bila ia dah nak pergi, saya masih bersembang, tapi dengan ego yang kuat depan mak, saya tahan air mata. Masuk bilik air, bukak air kuat-kuat, tapi padahal menangis. Bila saya keluar bilik air, ia masih belum pergi. Ia masih menjerit dan memey masih menjilat badan ia seperti ia masih hidup. Sata tahu memey susah nak terima. Anaknya tinggal seekor. Daripada empat. Memey bukan lah kucing yang sihat. Kakinya capik, ia tiada 'siku'. Kaki depannya tak dapat dibengkokkan. Dan kadang-kadang nafasnya pendek. Saya tahu mungkin ini antara punca anaknya dapat hidup sebulan lebih shj. Bila saya naik bilik, saya menangis. Mengadu pada raksasa. Dia suruh saya mendoakan kucing tu. Agar kucing tu pun mendoakan saya. Saya manusia yang gagal memelihara makhluk ciptaan Allah. Saya obses dgn kucing. Saya tak peduli kucing itu kurap, buruk or ape-ape je lah, saya tetap suka. No matter what. "Adik, siape nak sembang dgn saya lagi? Nak sembang dgn Manja? Ia buas yg amat." Tatkala saya menaip entri ni, ia masih lagi menangis meminta nyawa. Saya berdoa pd Allah, permudahkan lah ia pergi. Saya tahu, mungkin ada antara yang baca ni akan ckp,"Kucing je pun, bukan orang". Biar lah, cakap lah ape pun, saya tak peduli.

Masa ni, saya terfikir, kucing pun sayang anak and tak sanggup bila anak mati, kenapa manusia pandai buat anak, tapi buang merata? Dan tak rasa perikemanusiaan langsung. Jangan cakap kucing, apa jua jenis binatang pun akan sedih. Saya dengan adik, maksud saya, my sister, memang sangat sygkan haiwan. Kami akan sedih kalau nampak kucing atau anjing tepi jalan, fikir kat mana mereka tidur dan makan.

Ada jugak manusia yang busuk hati, mereport pasal anjing-anjing liar, lepas tu anjing-anjing tu ditembak mati. Tak rasa apa-apa ke bila tgk dorang mati macam tu? Byk cara lain selain tembak anjing-anjing tu yang sememangnya tak sempurna akalnya seperti manusia.

Kalau saya kaya, memang saya nak bukak shelter untk kucing and anjing liar. Adik pun bercita-cita nak jadi doktor haiwan. I hope her dream comes true. I really hope. Buat masa ni, korang boleh membantu dgn klik nuffnang saya. Like seriously, saya akan guna untuk kucing dan anjing liar kat SPCA, or mana-mana centre.

Dan doakan saya semoga satu hari nanti, dpt jadi seorang owner yang dapat bagi sepnuh perhatian dkt kucing-kucing saya.

ps: Pagi nanti (ISNIN) ada presentation dkt UiTM Sri Iskandar. Doakan saya.

ni "kakak", paling ayu dan sopan.. dah tiada.
ni 'adik'. sobs. :( paling kurus, tapi paling byk sembang dan rajin menegur.

4 Comments:

Blogger siggplus said...

:`(

November 2, 2009 at 9:20 AM  
Blogger QQQ said...

Owh! Saya bukan pencinta kucing, tp sy suka kucing, dan tak pernah membela kucing, cuma kucing liar yg memenuhi persekitran rumah parents sy, dan saya xpernah amik tahu soal hidup mati mereka. Namun, sbg seorang manusia yg masih lagi mempunyi hati, mahupun hati itu hitam ibarat arang, sy masih lagi mampu memahami perasaan seorang pencinta kucing.

Pernah suatu hari, sy tgh drive kat satu pekan kecil ala-ala pekan koboi kat workplace sy.Tengah sedap drive sambil usha-usha amoi siam, sy ternampak kelibat makhluk halus d tgh-tgh jln, oh shot, it's a kitten, tgh2 jln dgn keta tgh lalu lalang, no one yg stop utk alih kitten tu, maybe sbb warna dia agak gelap, dn kotor, sekali pendang macam plastik sampah je.

Bayangkanlah, jam 2ptg, panasnya bkn main-main, kebetulan plak pekan tu x jauh dr pantai, mmg macam kat Miami la dia punya panas. Kitten tu plak atas jln tar, mmg burn ar, kitten kecik lagi doh, maybe dlm umo seminggu, sbb jln ketar-ketar, mata pun macam baru buka je.

Then, sy dgn penuh macho ala2 superhero memberhentikan kenderaan sy ditgh2 jln, pasang emergency light, kuar dr keta, amik kitten tu!

Ya Allah comelnya! first time dlm hidup sy merasakan diri agak gay dgn memuji sekor kitten dgn nada yg baik. But, serius, kitty tu mmg tahap cipan punya kiut, mata bersinar2! Design warna dan susunan corak pada badan dia mmg cun! pandai mak ayah dia setting!lolz!

sy bawa kitty tu naik keta, then terus ke opis! sampai je opis, alamak, kitty tu ilang dlm keta, ha, camna nih, rupanya dia sembunyi dlm dashboard, xpasal2 kena kopak dashboard plak!

sy serahkan kitty tu kpd boss sy, sbb dia obses dgn kucin cam aina! tp, umo dia x panjang, maybe kena mkn biawak, sbb opis sy ni berhampiran dgn hutan!

bila dpt tahu je dah mati, ttiba ada rasa lain macam je dlm hati nih, aduh, pedih! asik tbyang je wajah kucin tu, paling cantik mata kitty tu la, huhu!

sy yg xobses dan berhati batu ni pon terasa inikan pula cik aina!

betul x~

November 2, 2009 at 9:26 AM  
Blogger QQQ said...

ceh sigg ptong jalan!

November 2, 2009 at 9:35 AM  
Blogger Ries Lee said...

harap dipermudahkan kucing tu utk pergi...

saya pun suka kucing...
kucing pun suka saya...
kucing saya nama Rimau...

panjang entry kali ni...


cit, siqq dgn qasem dah komen dulu!

November 2, 2009 at 11:43 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home