37 Weeks
..hmm where were we?
Okay..reached 37 weeks of pregnancy..and mcm biasa lepas 36 minggu, next check-up will be every week..since minggu lepas dah admitted to PPUM (refer to previous post), so minggu ni automatic check-up dekat PPUM la..parking berjalan semua, sampai-sampai dekat nurse, "Darah awak tinggi ni, saya rasa kena masuk wad". Masa tu beg semua memang dah prepare dalam kereta. Dah terer la kata kan. Haha. Lepas tu mcm, ok, redha je la masul wad lagi kan. Lagipun maternity ward dia ok. Tak crowded.. 4 orang je sebilik dgn 2 bilik air. Sgt selesa la walaupun tak husband friendly.. Masuk wad, tukar baju, rehat, doc dtg check blood pressure (BP).. Doc tgk BP yg high tadi tu dah rendah.. but still dorang nak monitor sebab in my case, takut bahayakan nyawa baby and ibu kalau darah terlalu tinggi.. Masa tu takda la rasa stress ke apa, maybe sebab dpt MC kan, so dapat la relax-relax sekejap dari berkejar2 ke office kat Cyberjaya tu. Masa ni if I'm not mistaken 2 days before raya. Oi. Tgh nak raya rupanya. Haha sebenarnya masa kena admit ni mengamuk kat husband, asyik cakap nak raya, nak raya. Sebabnya nak sangat makan ketupat, rendang semua.. Masa tu harap-harap tak beranak lagi sebab tak nak pantang makan.. First timeeeeee ever first day raya kat hospital.. Breakfast pagi tu pun hospital bagi ketupat, kuah kacang, rendang ayam and ada la kuih sikit..
Nurse cakap kalau takde apa-apa dah boleh balik hari ni..Hehe yippie dah pesan kat husband and SIL suruh bwk siap2 baju raya. Baju raya pun satu je, sebab memang dah tau akan beranak masa raya..So memang takda nak beria sangat..
38 Weeks.
Masuk la minggu ke-38.. Husband dah pesan, kalau masuk lagi hospital, dia nak baby keluar je terus..Masuk kali ni memang dah 3 kali dah masuk hospital sebab darah tinggi.. Jawapannya memang BP tinggi la masa tu.. Mcm biasa.. Bila dah masuk wad, rehat-rehat, terus BP normal balik.. kalau tak salah masuk hari Selasa.. Khamis tengahari dah balik..
Masa ni husband amik time-off je..takda cuti..so kena bergegas balik pi office..lepak la kejap rumah SIL dkt Sg. Besi sementara tunggu dia balik.. Masa tunggu ni tetiba pulak Along kena rasuk.. Adoi la.. Nasib baik bpk mertua ada.. Terus kelam kabut call Umi, Abg Arif semua. Husband dgn adik dia balik dulu.. Masa tu memang dok luar la kan.. Dgn saratnya lagi.. Sampai kena pi panggil ustaz.. Masuk maghrib je tetiba rasa mcm sakit.. Sakit mcm nak period je.. Tapi bagi yg tau sakit nak period tu mcm mana, memang perit jugak.. Cuma disebabkan dah biasa, just kira bape minit sekali je.. Masa tu dah rasa dah mcm 5 minit sekali.. Tapi tahan je lagi sebab org tgh sibuk-sibuk kan.. Ade adik sedara husband ni tanya, bila baby kak aina nak keluar, haha masa tu berseloroh je cakap ni nak keluar dah la ni..Sambil gelak-gelak.. Tgh malam lepas ok semua, baru la balik gerak Klang..
Masa nak gerak tu dah rasa sakit.. Makin sakit.. Husband tanya, nak gi hospital terus ke.. Jawab tak nak, sebab nak balik rehat kat rumah dulu.. Nak mandi apa semua, sampai rumah memang sempat mandi, dok atas gym ball tu a few minutes, sambil husband urut2 belakang, tapi memang sakit dah masa tu.. MIL suruh pergi hospital terus..
Masa ni kalau terlanggar apa-apa pun terasa sakit.. Memang sakit.. Rasanya sampai hospital pukul 1.30am.. Admit dalam dkt pukul 2am.. Rasa mcm kelam kabut sgt.. Nak bye2 husband pun mcm sedih je.. Masuk2 nurse bagi ubat bontot suruh berak.. Masa tu dah sakit sgt.. Takda apa keluar pun.. Doc pecahkan air ketuban.. Sebab katanya dah 4cm dilated. BP increased.. Sakit sampai mengerekot atas katil.. Takda sapa teman.. Husband tunggu kat lobby.. Kalau tak dorang nak kasi epidural.. Dorang bagi catalog apa tah, memang tak lalu nak baca. Lepas tu director dtg dgn students, maybe dorang study case sy kot.. Apa-apa je la mase tu kan.. Tanye nurse, sy rse nak kencing, sakit mcm nak kencing.. Dia kata kencing je, memang rasa tak puas langsung.. sebab rasa sakit tu mcm pundi kencing tersumbat.. Doc yg nak kasi epidural tu takde lagi.. So memang kena tunggu.. Sebab darah tinggi, doc ade kasi ubat tahan sikit.. rasa panas satu badan.. terlelap kejap lepas tu.. pukul 1:30 tghari terjaga, cakap kat doc sy rasa nak berak.. Lepas tu doc check dah 10cm dilated.. Alhamdulillah.. Doc ckp awak boleh push sekarang.. Masa tu memang push sekuat hati sebab tak sabar nak jumpa anak.. Push tanpa suara.. Push gile2..
Alhamdulillah.. 1:43pm, 16 Ogos 2013, hari Jumaat penghulu segala hari, Meor Muhammad Haqimi dilahirkan.. :') Doc bagi suruh peluk.. Boleh senyum sambil nangis masa tu.. Hilang semua sakit-sakit tadi. Masa doc jahit and keluarkan uri, boleh sembang dgn dia sebab dgr patient sebelah jerit gila2.. Doc cakap "Nasib baik awk tak mcm tu."
Lama jugak pengsan balik lepas tu. Sebab terlalu letih tahan sakit selama 12++ jam. Husband kata dia menangis masa dtg melawat tu sebab tgk tak sedar lagi. Haa baru tgk tak sedar, belum tgk masa nak beranak tu lagi. Haha
Assalamualaikum awak.. Allahurabbi.. sedih dan nervous sheila baca entri ni. alhamdullilah. terus keluar ya baby Meor.. syukur alhamdullilah ~~~
ReplyDeleteWasalam Sheila. Hehe Alhamdulillah. Dia keluar awal 2 minggu. Maybe kesian tgk ibu dia keluar masuk hospital.. 12 jam lebih tahan sakit, tapi lega sgt bila selesai semua.
ReplyDelete