3.9.09

It is always me.

Anything would be me. I am the one who gets overexcited. I am the one who always over-emotional. ME, ME, ME. I am so dammnn exhausted with this. Like, hello? Can't u just be more rational? Macam dah takda benda lain nak rasa. Ohh okay 9jin masuk bdn. Fine.

1.9.09

Syukurrr

Wah hari ni berbuka nasik vanggey, yummmmy. Syukur sgt2, sebab sebelum ni kepingin makan beriyani dah terlunas bile makjang buat briyani, now abah nak beli vanggey pulak. Wuuu delisciousssss.

Makin malas pulak nak blogging

Wahaha. Padahal setiap malam, atau setiap pagi mesti berangan-angan nak update. Konon ada je crita, tapi bila nak taip, haiyooo letihhh. Dari Jumaat hari tu, nak update pasal kasut baru, pastu balik kg, cerita kat kg, berbuka puasa di kg. Celebrate bday nurul.

Okayy laah, alang-alang dah menaip ni kan, jom la bercerita. Jumaat hari tu, pergi novel hut, sebab my makjang ni suruh beli novel die yang hilang, hehe tapi novel tu takda, so, tak dpt novel, kasut kuning pun jadi la. haha RM30++ ja, murah kan. Tu lah my everyday shoes sekarang, pakai sampai koyak [tu moto saya, erkk moto?]. Woahh. Tak bestnya, penat tauuu. Dah la dua hari sebelum tu langgar montot kereta org, aiyokk. Then masa balik dr shop, baru perasan bumper kete da loose ;'( sorry abah. [ dan saya tak boleh bwk kete lagi buat masa ni, *sobsob* ]

Ohh ohh malam tu jugak, saya bertolak ke kg di seberang perai. Awal-awal lagi dah pasang niat nak pergi Queensbay Mall, nak cari jeans, washed bootcuts, tapi hampa, takda. Waah masa ni saya merungut kenapa pendek sgt ni, yg berkenan di hati semua utk org tinggi. Takpa, pendek tu comel jgk kadang-kadang *sedapkan hati*. 4jam round situ, dapat sehelai tshirt and hair band from forever21. Takpa la, boleh pakai pi berbuka puasa dgn, err, heeee. ;) Haha *ada bau rahsia tak*. Hehe beli tshirt utk bdk-bdk tu, ada la 5 helai. Beli murah cukup, dorg cepat membesar, nanti tak muat.

30hb, oh ni la birthday nurul. Yang ke-14. Sebelum bday lagi dah dpt hadiah, rebonding, WAHAHA. Suka la kan rambut dah lurus, guna jari pun bolehh. Celebrate dgn berbuka puasa ja, mak beli kfc, makjang masak beriyani, makteh pun mai bwk kuih seri muka, maksu pun mai bwk diri. Haha kidiing, bwk kuih jgk. Bukak puasa kan, ni la juadah yg sepatutnya. Woahh kami semua 18org termasuk Tok, memang kenyang sgt-sgt. Syukuurr. Malam tu pi pantai, konon-konon nak tgk bunga api dkt R&R tepi pantai, wahaha. Ramai gilaaa. Rempits pun ramai. Yg naik kereta parking tepi-tepi jalan. Road block pun byk. Haha. Last-last takda bunga api pun, bunyi mcm kentut ja, bunga api kecik. Hampeh betul. Tgh ngantuk masa tu dipaksa pergi kan. Hmpph. Minum kat gerai, mkn bihun sup, perati orang. [time tu dah pukul 1230am dah]. Oh kami pergi ber-6 ja, saya, abg, adik, dan 3 sepupu kemetot.

31hb, yayyy merdeka! Saya bangn lambat. Selalunya tido kat bilik bawah, tapi nak tido atas pulak sebab tak nak dgr tok berleter, nanti dia suruh tutup kipas kalau bangkit lambat. Hangat hangat, mana boleh thn. Oh Tok Nah sebelah rumah meninggal, innalillah. Saya pun da lama tak nampak dia, tup tup dah pergi, hanya mampu doakan je la, saya tak pi ziarah pun, tapi mak pergi lah. Hmm kematian bukan boleh dijangka-jangka, bila-bila pun maut menanti. Saya balik Ipoh mlm ni, yay maksu ajak pi carrefour. Bkn best sgt, tapi boring sgt dok rumah. Internet dah bdk-bdk tu conquer, saya buat taik mata je la dlm bilik, mengerohhh. Mak ikut pi carrefour. beli la brg makanan sikit, makjang hari ni buat mi kuah. Abah dah beli udang yang byk utk kami, yippieeee. Oh nampak mcm makjang chef kan, yep yep, pakjang cerewet, kena makan air tgn bini dia, so kami pun kena la jgk makan air tgn bini dia. Sodapp wehh. Beli cendol maklom, pulut udang. terliur nihhhh.
Haha malam main bunga api lagi, dgr crita Aliff yang mau bela lembu [umo baru 6thn tp sudah cita-cita tinggi, kau?], tapi igt baru nak sponsor rupanya niat lain nak ponteng class fardhu ain. Wahahaha abes semua jerit, "CAnceeellll lah mcm ni". Padan muka hang, simpan ja la niat tu dlm hati dulu. Haha. Balik ipoh pukul 1030mlm, sampai dalam 12.42am. sebab berenti 15min dkt R&R Gng. Semanggol makan nasi lemak. Heeeeeee
[hambik kau entry pjg2, td malas menaip sgt,
ni awat rajin??]

28.8.09

You dwive me cwazyyyyyy

Oh la la la. Kenapa saya ni seorang web developer? Cehh intern je weh. Penat oOoO. Saya ni masa kat UiTM tak pernah tgk pun Internet Programming, berlagak la konon kan cakap boleh belajar ikut buku je. Sekarang, HAMBIK KAUU. Dapat Joomla lagi, dah tu kena transfer ke webserver dkt HQ sana, aduhhh dah la nak tukar image punya la payahhhh. 2 minggu kot saya cari sumber sana sini. Nasib lah ada communiy Twitter, when I tweet, they come to rescue. Thanks TWITTERS. Finally hari ni, dalam pukul 12kot, baru dpt figure out how. Syukur syukur. Now I know how to change the images such as logo, header, newsflash n bla bla bla. Thanks to Google Chrome jgk, sebab ke'easy'an I nak access the web's information Siap label lagi tauuu.


Apa-apa pun, I learn new things, InsyaAllah I'll success. ;)

25.8.09

Wah saya si Gemok


Haha hari ni hari ke hmm 1 2 3 puasa, eh kejap, hari ke-4 la weh. Hehe pejam celik pejam celik dah 4 hari kan puasa, esok dah hari ke-5. Sekejap ja, lepas tu raya. Raya setiap tahun korang rasa bermakna lagi ke? Bagi saya, hmm mase kecik-kecik tu, ye la kan, tapi sekarang dah besar, tanggungjawab pun dah berubah. Mane boleh lari-lari keliling rumah bile org tgh buat preparation. Kite sekarang ni lah yg tlg pasang langsir, tolong tgkkan rendang, tolong makan kuih. Raya sekarang bagi saya kurang best, s
ebab ramai org yg telah memilih utk raya di bandar je. So bile ade saudara mara yang tak balik kg tu, of course kite rase like something is missing kan. And from well-made lemang, ketupat, kuih raya, yan
g ada jual dkt byk tempat,keseronokan utk preparation hari raya tu pun dah takde. Saya rindu zaman kecik-kecik dulu, tgk mak,abah adik beradik buat lemang, ketupat, masak rendang kat luar rumah. HMmm. Too many changes happening nowadays. Duit raya? Sorry lah kn, saya memang out of list, mana nak dpt semua tu byk2 dah. Oh sebut pasal duit raya kan, sya rasa tak lama lagi memang takda dah sampul hijau,
semua guna maybank2u. Ini terjadi sendiri pd diri saya. Hmm in any ways, ia bagus jgk sebab duit tu terus dlm bank kan. Bunga api? Saya kepingin nak main bunga api, kalau saya mengan
dung, dan mengidam main bunga api, boleh tak? Tak boleh nak halang kannn? Haha. Ntahla, mata ni dah layu mcm ada syaitan tarik suruh tido tido tidoooooo~

Nanti update lagi.
Raya oh raya.
hehe my favourite ni



BigPay for a Big Spender Like Me!

Shh don't tell anyone I'm using BigPay and it's amazing! It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage y...