2.11.09

Entri ni paling sedih

Kucing ke-empat. Nama "adik". Nazak. Sekarang pukul 1.10am. Tapi ia menangis, menjerit mintak nyawa. Sedih. Sebab ia kucing yang suka sembang dan pandang mata saya. Bila saya panggil, ia mesti menyahut. Kalau saya luah perasaan, mata ia berkedip mcm ia paham apa saya cakap. Now bila ia dah nak pergi, saya masih bersembang, tapi dengan ego yang kuat depan mak, saya tahan air mata. Masuk bilik air, bukak air kuat-kuat, tapi padahal menangis. Bila saya keluar bilik air, ia masih belum pergi. Ia masih menjerit dan memey masih menjilat badan ia seperti ia masih hidup. Sata tahu memey susah nak terima. Anaknya tinggal seekor. Daripada empat. Memey bukan lah kucing yang sihat. Kakinya capik, ia tiada 'siku'. Kaki depannya tak dapat dibengkokkan. Dan kadang-kadang nafasnya pendek. Saya tahu mungkin ini antara punca anaknya dapat hidup sebulan lebih shj. Bila saya naik bilik, saya menangis. Mengadu pada raksasa. Dia suruh saya mendoakan kucing tu. Agar kucing tu pun mendoakan saya. Saya manusia yang gagal memelihara makhluk ciptaan Allah. Saya obses dgn kucing. Saya tak peduli kucing itu kurap, buruk or ape-ape je lah, saya tetap suka. No matter what. "Adik, siape nak sembang dgn saya lagi? Nak sembang dgn Manja? Ia buas yg amat." Tatkala saya menaip entri ni, ia masih lagi menangis meminta nyawa. Saya berdoa pd Allah, permudahkan lah ia pergi. Saya tahu, mungkin ada antara yang baca ni akan ckp,"Kucing je pun, bukan orang". Biar lah, cakap lah ape pun, saya tak peduli.

Masa ni, saya terfikir, kucing pun sayang anak and tak sanggup bila anak mati, kenapa manusia pandai buat anak, tapi buang merata? Dan tak rasa perikemanusiaan langsung. Jangan cakap kucing, apa jua jenis binatang pun akan sedih. Saya dengan adik, maksud saya, my sister, memang sangat sygkan haiwan. Kami akan sedih kalau nampak kucing atau anjing tepi jalan, fikir kat mana mereka tidur dan makan.

Ada jugak manusia yang busuk hati, mereport pasal anjing-anjing liar, lepas tu anjing-anjing tu ditembak mati. Tak rasa apa-apa ke bila tgk dorang mati macam tu? Byk cara lain selain tembak anjing-anjing tu yang sememangnya tak sempurna akalnya seperti manusia.

Kalau saya kaya, memang saya nak bukak shelter untk kucing and anjing liar. Adik pun bercita-cita nak jadi doktor haiwan. I hope her dream comes true. I really hope. Buat masa ni, korang boleh membantu dgn klik nuffnang saya. Like seriously, saya akan guna untuk kucing dan anjing liar kat SPCA, or mana-mana centre.

Dan doakan saya semoga satu hari nanti, dpt jadi seorang owner yang dapat bagi sepnuh perhatian dkt kucing-kucing saya.

ps: Pagi nanti (ISNIN) ada presentation dkt UiTM Sri Iskandar. Doakan saya.

ni "kakak", paling ayu dan sopan.. dah tiada.
ni 'adik'. sobs. :( paling kurus, tapi paling byk sembang dan rajin menegur.