Posts

Showing posts from November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hikmat Ibadat Korban

Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadat sunat yang dikerjakan pada setiap Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban yang dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Islam mensyariatkan ibadat korban ini sebagai satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata’ala, di samping mengekalkan ingatan kita akan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam sebagai satu ujian dari Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya yang taat. Di antara fadilat korban yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termidzi, daripada Aisyah Radiallahuanha bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:"Tiada ada suatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya da…