28.8.09

You dwive me cwazyyyyyy

Oh la la la. Kenapa saya ni seorang web developer? Cehh intern je weh. Penat oOoO. Saya ni masa kat UiTM tak pernah tgk pun Internet Programming, berlagak la konon kan cakap boleh belajar ikut buku je. Sekarang, HAMBIK KAUU. Dapat Joomla lagi, dah tu kena transfer ke webserver dkt HQ sana, aduhhh dah la nak tukar image punya la payahhhh. 2 minggu kot saya cari sumber sana sini. Nasib lah ada communiy Twitter, when I tweet, they come to rescue. Thanks TWITTERS. Finally hari ni, dalam pukul 12kot, baru dpt figure out how. Syukur syukur. Now I know how to change the images such as logo, header, newsflash n bla bla bla. Thanks to Google Chrome jgk, sebab ke'easy'an I nak access the web's information Siap label lagi tauuu.


Apa-apa pun, I learn new things, InsyaAllah I'll success. ;)

25.8.09

Wah saya si Gemok


Haha hari ni hari ke hmm 1 2 3 puasa, eh kejap, hari ke-4 la weh. Hehe pejam celik pejam celik dah 4 hari kan puasa, esok dah hari ke-5. Sekejap ja, lepas tu raya. Raya setiap tahun korang rasa bermakna lagi ke? Bagi saya, hmm mase kecik-kecik tu, ye la kan, tapi sekarang dah besar, tanggungjawab pun dah berubah. Mane boleh lari-lari keliling rumah bile org tgh buat preparation. Kite sekarang ni lah yg tlg pasang langsir, tolong tgkkan rendang, tolong makan kuih. Raya sekarang bagi saya kurang best, s
ebab ramai org yg telah memilih utk raya di bandar je. So bile ade saudara mara yang tak balik kg tu, of course kite rase like something is missing kan. And from well-made lemang, ketupat, kuih raya, yan
g ada jual dkt byk tempat,keseronokan utk preparation hari raya tu pun dah takde. Saya rindu zaman kecik-kecik dulu, tgk mak,abah adik beradik buat lemang, ketupat, masak rendang kat luar rumah. HMmm. Too many changes happening nowadays. Duit raya? Sorry lah kn, saya memang out of list, mana nak dpt semua tu byk2 dah. Oh sebut pasal duit raya kan, sya rasa tak lama lagi memang takda dah sampul hijau,
semua guna maybank2u. Ini terjadi sendiri pd diri saya. Hmm in any ways, ia bagus jgk sebab duit tu terus dlm bank kan. Bunga api? Saya kepingin nak main bunga api, kalau saya mengan
dung, dan mengidam main bunga api, boleh tak? Tak boleh nak halang kannn? Haha. Ntahla, mata ni dah layu mcm ada syaitan tarik suruh tido tido tidoooooo~

Nanti update lagi.
Raya oh raya.
hehe my favourite ni



21.8.09

Dah boleh comment

Wee. Saya masih terlalu penat utk update. Nanti-nanti la okay. Tgh berbunga ni

20.8.09

Besok lah update.

Saya terlalu penat hari ni. Ni pu n mate bukak sebelah je nii. ;) daa. selamat mlm,

19.8.09

Kepadamu Kekasih

Kekasih, perkataan yang sgt subjektif.

Kasih kepada yang Esa,
Kasih kepada pesuruhNya,
Kasih kepada ibu bapa,
Kasih kepada saudara,
kasih kepada alam.

Saya suka sgt lagu Kepadamu Kekasih nyanyian M.Nasir,
lagu yang terbaik bagi saya adalah lagu yang boleh mengungkai sejuta makna. Terima kasih kepada Eunosasah, kerana lirik yg menusuk kalbu dan M.Nasir utk kesyahduan melodi.


I love this creature. Don't stop me.


Random; kucing Segamat


Tiger; sorry sebab dpt jaga mu sekejap je ;(


Snowbell and Snowbit; sorry Snowbit, saya tiada di kg saat kau mati ;((


My babies, hope that u guys were growng up well. ;(


BB; kucing yang pertama sekali bermanja dgn saya, sampai part4 saya melihat kau membesar dan beranak-pinak, sampai lah saat utk kau berubah arah. Saya dgn berat hati mengizinkan kau dan anak-anak pergi ikut makcik cleaner tu, kehidupan kau lebih baik di sana.


Saat entri ini ditulis, air mata saya hampir menitis. Mana taknya, kalau kesunyian dekat uitm tu, kucing-kucing ni la penyeri hidup saya. Walaupun ramai jugak yang tak suka kucing dkt sana, tapi saya sanggup terima, tambah lagi bila ada yang bising kucing ni poop merata-rata, kucing, bukan tau apa. Kita yang jaga ni kena la tanggung, kata sayang kan. Teringat bila saya kene korbankan kotak saya utk anak-anak kucing yang makin membesar ni. Dari kotak air mineral 500ml saya mintak kat dining, hinggalah kotak saya isi buku yg saya beli kat bandar. They were growing fast. Dari tak boleh jalan, sampai boleh berlari berkejaran. Kawan saya mula-mula tak suka, bdk wing pun ada yang pandang pelik je, tapi last-last ada jgk yang dtg jenguk, ada yang ckp muke Bobby mcm cina la, mcm-mcm nama ada. Badrul, abang. Haha. Terharu jgk la bile ada yang tolong mopkan lantai wing kan, ye la, tamau la org ckp saya ni pandai amik je, tak reti bela.

Tiger pulak, hmm kucing ni kucing sesat. Saya taktau dari mana dia dtg. Sgt sedih tau keadaan dia. Saya kena mandikan dia dulu. Tak tau nak bagi dia makan apa coz dia kecik lagi, and has no mom. So, saya bagi dia biskut tiger yang direndam , so biskut tu jd soft la kan, sng utk dia makan. Nasib baik dia mau makan. Kadang-kadang bagi jugak susu. Masa ni BB, baru kehilangan anak, time tu dia first time melahirkan, so tak reti lagi jaga anak. Tiger ni boleh la nak dikatakan anak angkat BB. Tapi sebab masa tu nak cuti raya rasanya, saya terpaksa tinggalkan Tiger yang masih kecik kat kampus, saya naik bas, tak boleh bawak dia balik. First thing bila saya balik campus, saya nak tau keadaan dia. Dia mati dekat dining, oh saya sedih sgt dan tak mau tgk. Sedih coz nyawa dia tak panjang.

Nama saya, Bobby

Nama saya Badrul

Nama saya Tiger

Nama saya Abang

18.8.09

Hujan lebat, saya drive mcm itik.

Hehe title tu same dengan status di fesbuk saya, so any comments sila lah ke fesbuk okehh. Ohh memang petang ni hujan lebat jgk laa, saya drive dari office yg dekat Jalan Sultan Azlan Shah (depan STAR), melalui tmn cempaka, ade RTM di sebelah kiri dan SRC di sebelah kanan, kemudian ada Majid Jalan Dairy dan PUO di hadapan, boleh bayang kan betapa sesaknya jalan. Saya ni dah la drive manual je, so memang letih la tgn kiri saya ni kan, kesian iaa. Di tambah pulak dgn student yg melintas memang tak gune kude belang, pengawal lalu lintas yg pilih kasih, memang boleh accident kalau ade yg tak sabar. Tapi sebab saya ni penyabar, ehemm hehe so tak terjadi apa-apa, alhamdulillah.

Adoii mak ni, saya mau balik cepat nak online, ingat after pergi bank boleh online fb terus ;p hehe , tapi mak mau ke Megoplex duluu. Ye kwn-kwn, ini adalah punca mengapa abah tak mau bagi saya kereta, dia tahu bukan saya saje yg akan terhegeh-hegeh nak berjalan, mak pun sama jgk, pantang pegang kunci. Saya pun pergilah teman, mak berjaya dapat sepasang baju yang die tak terpike pun nak beli. Lepas tu lekas-lekas la nak balik. Paham je la traffic dkt Medan Gopeng tu mcm mane kan, tudung saya da tercabut-cabut dah sebab pening sgt2. Ni pun pening lagi ni. ;(


:: Saya tak suka pening, tapi kalau saya pening, saya suka buat-buat tak pening ::

Penat lahh.


Hari ni tiada mood, ntah la, hari-hari pun tiada mood. Dgn bleeding jari nya, kepala besar yg berat, demam kura-kura. *sigh* Kerja byk lagi tak siap. Tambah dgn pening kepala nak buat editing. Edit css, html lagi. Buat banner. Adoii. Mati la sayaa. Tinggal lebih kurang 2 bln je lagi ni, saya boleh mampus mcm ni. Macam mane nak bagi mood ni ada balik.

I need mcD. plsss.

Ambik ni,

pesalah

14.8.09

Besok ke Negeri Sembilan, iyolahhhh


Hellllo, esok saya akan ke negeri sembilan darul khusus, pegy kenduri kahwin sepupu saya di Felda Lui Selatan, Bahau. Hehe dah dekat dah dgn Segamat, but there's nooo way i can go there, TAK BESTNYAAAA, hmmmm haishh bored gilaaa. And of course saya akan jadi co-pilot, jeng jeng jengg, saya suka drivee, vroooom vrooommm. Haha boleh tak kalau cita2 saya nak jadi pemandu F1? B jgn jeles kalau saya jumpa michael schumacher duluu. hehe justt kiddding, takkannya laa, tapi saya boleh memandu dr Segamat ke Ipoh dlm masa 5jam je weeehh. *sniff kembang hidung*, tapi sampai rumah je abah mcm mrh, ye la, drive tak rest langsung. ich ichh. minumlah livita dgn madu asli. Chowwww.



Gambar yg konon-konon 'chicky meal'


Love your life ;)


Scene 1

Ohhh petang ni tiba-tiba je hujan time nak pergi kerja, takpe, tu hujan rahmat kan. So berlari-lari mak anak la pegi masuk dlm kete takut kasut merah ku basah. Erkk takut kasut basah?? Haha wtv. Time dlm kereta, tgh-tgh hujan lebat ni, nampak seseorang tgh melintas dlm hujan lebat. Sedihnya. Tgn dia kudung, he was running and holding air bungkus. Sgt kasihan tgk dia mcm tu. Masa tu dlm hati bersyukurnya masih ada tgn. Hmm *tu la, jgn nak mengada kritik diri sendiri lagi, tgn buruk la ape la*

Scene 2

And kereta pun menyambung perjalanan lagi, sambil tu di udara berkumandang lagu klasik nasional *hmmph abah ni* . Tibe-tibe, ternampak pulak, Indians yg jual maruku tepi jalan tu berlari2 nak selamatkan barang jualan, kakak die dtg bwk plastik yg besar kaler biru tu utk lindung adik die dr kene hujan. Haihh sayu je tgk. Lagi sekali saya bersyukur sebab walaupun keluarga saya bukan kaya mana, tapi saya masih boleh bersenang lenang dkt rumah, layan blog, facebook, padahal kat luar sana, ramai yg susah. *jgn nak mintak mak itu ini, bkn sng cari duit tau*



:: Last sekali saya teruja bila terdengar lagu 'Bunga Tanjung' nyanyian Saloma, *hehe mulalah mengada nak buat suara mcm Saloma* wink wink ::

Love it? Yeah me too. ;) Mak, nak niiiiiiii

HMmm

Saya nak ke sini plsss boleh tak plssss. Hari tu baru je balik kg, pic ni diambil masa baru balik dr Pantai Merdeka,Kedah. Haha sambil drive pun boleh snap pic, alah jalan kosong la, so takpe la. (haha byk la takpe, dah la bwk anak org, terbabas masuk ban baru tauu)

Hmm kenape saya nak ke sini? Sini sgt tenang, sgt aman, boleh nampak sekawan burung terbang, dan juga ikan puyu. Hijau sgt menenangkan (oh, i wonder if my blog pun sama)







:: I hope my life's getting better ::

Satu pergi, yg lain jgn dtg dah

Saya bermasalah. So org lain jgn dekat, bile saya syg org, saya jd org gila. fullstop

13.8.09

Maafkan saya //

Saya tahu saya manis bertudung, terima kasih abah sebab selalu puji2 kakak. hehe. tapi maafkan saya sebab mungkin saya belum 100% memakai tudung, bukan tak mahu, tapi saya tengah mencuba, tolonglah doakan gadis ini berubah ye, sedikit sebanyak saya dah mula suka, dan gila membeli selendang, kadang2 memang nampak selekeh sikit, rambut terkeluar, jambul dato' ct pun kdg2 muncul jgk. hehe.









:: ni muka baru lepas mkn dan nak pegy solat ::



Kucing JB. hehe

hehe ni kucing dekat library UiTM Segamat


Najihah yang tgh pegang Stub ( mcm rabbit tak?) hehe


back alley gangstaa


ni Comot kegemaran Paan ;))


Baby and Gegirl comelll (dah besar jadi kucing yang baik ok?)





12.8.09

Rindu lagi..

Dulu..
Saya tak suka nak mention saya dpt UiTM Segamat,
ye lah, sebab tak pernah pergi.
Masa dpt pun, tgk google earth,
Masya Allah, banyaknya hutan, and ada jirat cina
Finee, saya dulu masa Teknik Brash pun dikelilingi jirat cina jgk.
Pakcik saya cakap situ sunyi la, jln dr Tangkak ke Segamat tu keras la,
mcm-mcm cerita saya dgr.

Bila dah masuk UiTM,
saya kenal ramai kwn,
dr seluruh Malaysia,
majority dari Johor,KL, a few je dr utara.
But its okay, kita boleh pergi rumah kwn-kwn yg dekat.
Mula-mula saya tak suka makanan dkt sana,
tak sedapp,
tapi makanan dining la yg saya tgu tiap kali lunch, dah sebati dgn perut agaknya.
Saya paling cepat mengidam Burger Segamat, double ayamm., ohh rindunyaaa.

Now,
bila saya dah kat Ipoh, saya rindu nak ke sana,
suasana pagi-pagi sgt nyaman,
bau-bauan hutan yang segar,
burung-burung menyanyi,
hmmmm i wish i was there.

Kadang-kadang,
kalau pukul 7 pagi tu,
mcm berkabus gilaa.,
ohh saya rindu suasana UiTM Segamat

Sekarang baru saya gelabah nak ckp "UiTM di Hatiku"

8.8.09

Congratulation to all winners of FFM-22

Saya tertinggal beberapa kategori di awal rancangan, tapi ini adalah antara yang menang;

  • Anugerah Penataan Bunyi Terbaik - Cicakman 2; Mohd Mohsin Othman
  • Anugerah Penyunting Terbaik - Setem; Faizul Mohd. Noh
  • Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik - Papadom; Syed Ahmad Faizal
  • Anugerah Pereka Busana Terbaik - Cicakman 2; Shan Imagineering
  • Anugerah Penataan Seni Terbaik - Setem
  • Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Omar Man (Anugerah Khas)
  • Anugerah Seniwati Veteran - Mariani Ismail
  • Anugerah Seniman Veteran - S.Shamsuddin
  • Anugerah Pengarah Harapan - Histeria; James Lee
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Bohsia; Salina Saibi
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -Talentime; Mohd Shafie Naswip
  • Anugerah Lakon Layar Terbaik - Talentime; Yasmin Ahmad
  • Anugerah Cerita Asal Terbaik - Papadom; Afdlin Shauki
  • Anugerah Sinematografi Terbaik - Setem; Mohd Nor Kassim
  • Anugerah Filem Komedi Terbaik - Los dan Faun
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Papadom; Liyana Jasmay
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Papadom; Afdlin Shauki

  • Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Yasmin Ahmad
  • Anugerah Filem Terbaik - Papadom


Papadom menang majoriti anugerah yang tersenarai, walaupun belum ditayangkan lagi, tapi saya pasti dengan kemenangan ni, tak mustahil untuk filem ini manjadi box-office. Dan saya masih belum berpeluang utk menonton Setem. InsyaAllah, i will nanti. Dan tak sangka saya menitiskan air mata apabila klip Yasmin Ahmad dimainkan. Tambah sayu apabila beliau membuat film bukan untuk popular, tetapi sekadar utk menghiburkan ibu bapa. Sikap macam ini lah yang membuatkan film beliau unik dan menarik dan sgt majmuk.

Saya menati-nanti kehadiran pengarah hebat lain, seperti P. Ramlee, S. Sudarmaji,Khabir Bhatia, Allahyarham Yasmin Ahmad. Tidak lupa juga kepada Yusoff Haslam, Aziz M. Osman, antara pengarah yang awal 90an dulu banyak menerbitkan filem. Prof. Dr. A. Razak Mohaideen, Ahmad Idham dan Pierre Andre, serta James Lee, dan pengarah muda, Norliana serta pengarah filem Indie, Kami, semoga kalian bisa mengarah filem yang lebih asyik dan bagus.

Betapa saya merindui UiTM Segamat..

Pada penghujung bulan 12 2006, saya telah ditempatkan di Segamat, di mana mak saya kata,"Alah. Johor lagi, tak berkembang la mcm ni", mak saya anak jati Johor. Kita sedia maklum bahawa Segamat memang banjir teruk masa tu, kehadiran saya dan pelajar baru lain disambut baik oleh berbiliion lalat. And mmg time menyanyi lagi UiTM di Hatiku dan Wawasan Setia Pelajar yang memerlukan kami utk menyanyi dgn penuh semangat ala-ala penyanyi soprano, ada la sekor dua lalat yang hinggap. isskk.

Saya teringat perangai saya yang ala-ala cool, konon je la. Nak pergi UNIMART lah, and dengan selendang yang agak pelik, membuatkan saya menjadi antara yang pelik di sana. Hmph, takpa la, budak kecik lagi. Masa tu umur saya baru nak masuk 18thn. Penempatan sementara saya di Zamrud, dan ditempatkan bersama Fara, atau nama sebenarnya Farhana. Kami antara yang riuh dlm MMS, memandangkan kami ni solo, takde kwn yg sama sekolah. Memang sepanjang MMS, we were together.

Then saya ditempatkan di kolej Sempana Alam Buana, erkk pelik kan nama ni? hehe memang alam buana pun sbb ini adalah kolej yang paling jauh , paling hujung sekali. Sgt letih bile tiap kali balik dr uptown berdating dgn dia. Ye lah, credit hours subjek dating pun byk jgk kan. heheee

Apa yang saya rindu? Hmm saya rindu kucing disana. BB, Teratai. Hehe ni antara kucing di SAB, belum termasuk Ujang dan Ujong (bulu ia lebih kurang Ujang walaupun mereka jauh di antara satu sama lain; Ujang di SAB, Ujong pula di Sektor A). BF saya pada mulanya tidak menggemari kucing ni, tiap kali saya nak sentuh ia, mesti dia ckp tak boleh. Terpaksa la saya curi-curi pandang and bila dia masuk UNIMART, baru lah saya dpt sentuh. Tapi BF saya ni faham agaknya dan dia akan cakap,"Baby, kau pegang kucing ea tadi?Pergi basuh tgn", errrr ye lah, okayy. Tapi sekarang, bila nampak kucing, dia akan suruh saya bermain pulak dgn kucing tu. Haha. Mesti lah saya suka kan. Ada jgk yg menegur dia,"Waah akey, dulu kau tendang2 je kucing semua." HAHA. (tersenyum dalam hati)

Makanan? Oh saya breakfast di Dewan Makan Sri Selasih. Selalunya saya akan makan nasi goreng kicap, satu sosej dan teh o ais. Hehe alhamdulillah, kenyang jgk, tapi tu lah, RM4 sehari, sgt tak cukup sebab breakfast saja dah RM2. After class at 10am, saya akan ke cafe admin, kadang-kadang makan, kadang-kadang minum sahaja. Saja melepak situ, kan ramai orang ulang-alik situ, termasuk mak guard yang selalu memerhati kod etika pemakaian student. Saya pernah terkena sekali, haha bukan sekali, ada lah 2 3 kali. Tapi terlepas mungkin kerana muka saya agak naive, dan BF dah banyak kali memarahi saya. Bukan la kesalahan yang serius, saya pernah memakai jeans pada hari Jumaat, masa tu jam 4pm, saya mahu balik ke Ipoh, sgt leceh kalau nak bertukar pakaian di Terminal. Takpe lah, saya terima ja, mmg salah saya.

Apa yang best tentang UiTM Segamat? Hmm ia memang agak ulu, tapi entertainment so far okay laa kan. Ada karaoke, fast food at least ada McDelivery walaupun until pukul 6 ptg shj. And pizza hut, selalu menjadi port utk student or lecturer celebrate sesuatu, berbuka puasa and dating ;) . Oh Pumpkin, yang selalu ada lunch set, murah jgk, dan favourite saya di situ, adalah Nasi Beriyani. Kalau nasi beriyani gam, saya suka makan di maple dkt dgn Billion tu. And ada jgk Bowling Centre, walapun lane itu mungkin wood, tapi okay la dari takde.



:: Kesimpulannya, saya sgt rindu UiTM Segamat, terutama Prof. Kamil yang sgt baik hati ::

7.8.09

Bad habit..

Disebabkan saya ni sgt berat mulut untuk meluahkan, tapi ringan tangan utk menaip, byk entri yg saya post dalam suatu hari. Moga-moga ni dpt mengurangkan stress saya akibat memendam perasaan.

Oh ya, bye-bye friday. Weekend mariiii. ;)) Excited mcm ada benda menarik je nak buat weekend ni. Haha tak la, saya penat di office selama 5 hari, masa utk relax di hujung minggu.





:: Dah 5ptg, tak reti nak balik ke, Aina? ::

Mak dan hypermarket memang tak dpt dipisahkan..

Hari ni saya memandu ke tempat kerja sebab during break nanti ada bacaan Yaasin dkt rumah kawan mak. So peluang ini disambut baik oleh mak yang sememangnya sentiasa menantikan abah memberi keizinan untuk menggunakan kereta, maklumlah, kami 'kaki jalan' , saya lagi la, 'kaki jalan' dan 'kaki drive'. After Yaasin, and lunch , kami terus ke Tesco dimana mak telah membeli ingredients untuk memasak spaghetti kesukaan adik. Disebabkan masa yang agak singkat, saya tak sempat nak grab sehelai dua seluar tidur yang kinda cute looking tu. Takpe lah mak, esok kakak ingat nak pegy Jusco, boleh? 2.30pm keluar dari tesco, dgn jalan yang sesak sebab semua org nak masuk kerja balik, saya memecut di jalan yang penuh kenderaan, mujur tak jadi apa2.
:: oh, Farhan dan saya dah berbaik, poor him, accident td, terlalu memikirkan agaknya ::

Weirdo


  • high-waist pants
  • butt terkeluar sikit
  • boleh tambah kasut boot phua chu kang tak?

6.8.09

Jiwa berubah, oh ye ke?

Saya rasa jiwa ni mcm dah melekat dgn lagu-lagu retro. Mana taknya, pagi-pagi berkumandang lah suara S.Y (Salleh Yaakob), K.E (Kak Engku) dan KR (Khairil Rashid). Oh sunggug ntah apa-apa je, tapi kadang-kadang enjoy jgk dgr lagu merapu 'Mat Salleh' haha. Apa-apa lah, yang pasti lagu-lagu dahulu lagi berkualiti dari sekarang.
Haha, no la, actually saya mendengar semua jenis lagu. Betul! Kalau bab-bab hiburan ni saya tak peduli sgt, saya lebih suka memanjakan diri. Nak ke spa? Belum berkemampuan lagi, setakat pergi saloon cuci rambut boleh la.
ehh stopp, almost 5pm, office nak tutup,later sambung cerita yang dirumah pulak.

::ps; malam ni date dgn huda dkt gerai kuetiau sebelah pasaraya billion yang terkenal tu. ::

Deal ;)


Latihan Industri saya hanya mempunyai PC lama yang bertaraf WIN95, yang pada dasarnya sangat berat kalau di'install' game playhouse seperti Dinner Dash, etc, etc. Yang ada hanya solitare.
Dan kadang kala saya bermain ini,



Haha ia menguji ketajaman otak saya yang sejak akhir-akhit ini agak beku. Nak buat kerja pun almost fed-up.
Oh ya, terima kasih kepada Abah kerana mengajar saya permainan ini ketika umur saya baru beberapa darjah.

cotton dan terompah

Terniat di hati utk menulis entri ini ketika saya ke surau untuk berwuduk. Saya yang memakai baju kurung cotton dan terompah berwarna ke'oren'an milik kak zah(tertera di terompah tersebut) terasa seperti berada pada tahun 70an, atau mungkin 60an, atau apa-apa je lah yang pasti saya terasa seperti org lama (padahal umur baru mencecah 20 pd 18Feb yang lalu).
Saya selesa dgn pemakaian baju kurung cotton saya, sejuk dan berbunga-bunga biru dan berdaun hijau berjenama kain cap nagoya made in japan. sgt indah dipandang apatah lagi si pemiliknya juga tidak kurang indah utk diperhati. Hmpph terompah itu? Utk mengelakkan flat nose saya dibasahi air walaupun flatties itu sudah nampak agak buruk (mak, kakak tak jumpa kasut baru yang berkenan di hati dan di poket)
Wishlists:
  • flatties baru, utk menggantikan flatties lama yang rasanya akan menyebabkan ramai org menitis air mata
  • 2 pasang kain cotton belum di'tailor'. So, "Makcik, saya nak baju kurung ni siap raya nanti yek"

:: Aina nampaknya makin berminat dgn pemakaian baju kurung. Apakah beliau akan memakainya ke mall atau menonton wayang? ::

If I could turn back time..

  • saya akan buat yang terbaik utk SPM kerana saya tahu yang saya budak bijak.
  • saya takkan berhenti form 6 semata-mata kerana saya perlu memakai uniform.
  • saya akan buat pilihan yang hati saya pilih, bukan org lain, which means i decide for myself.
  • saya takkan letak sci comp dalam pilihan saya because it suckss!
  • tapi nak buat mcm mana, saya dah final year pun, hmm maksudnya saya sepatutnya terus belajar bersungguh-sungguh walaupun saya tak suka.
  • saya perlu berhati-hati memilih kawan kerana saya tak suka every semester bergaduh.
  • hmm. saya tak patut tipu Paan masa di awal hubungan
  • saya patut berani speak out loud

ntah lah, nanti update lagi.

current mood: sad

4.8.09

Si Pendek ;)

Inbox dah mencecah 648 message. hehe semua msg dari Paan tercinta lah kan, siapa lagi.
Sms 1/2 sen shj, so msg lah puas-puas. Guna lah UOX. hehe tapi suka gila satu sms yg dia kirim ni

Pendek yg cwit.
Pendek yg cengeng.
Pendek yg shexy.
Pendek yg manja.
Pendek yg pandai.
Pendek yg baik.
Pendek yg gilakan b.
Hee conoknya ad si pendek ni dlm idup ite. Hee

Sender:
Farhan

Received:
12:54:43 am
02 08 2009

Dilated Cardiomyopathy Part 2

So i was changing wards for three times. From surgical ward - medical ward - first class ward when my condition was a bit stable. Staying i...